Penulis Berkicau: Mampukah ChatGPT selesaikan persoalan moral?

Artificial Intelligence (AI) atau Kecerdasan Buatan adalah ilmu untuk membuat mesin yang dapat berfikir seperti manusia. Mesin ini dapat melakukan hal-hal yang dianggap “pintar”.

Mar 28, 2024


Artificial Intelligence (AI) atau Kecerdasan Buatan adalah ilmu untuk membuat mesin yang dapat berfikir seperti manusia. Mesin ini dapat melakukan hal-hal yang dianggap “pintar”.

Teknologi AI dapat memproses data dalam jumlah besar dengan cara yang tidak seperti manusia.

Tujuan AI adalah untuk dapat melakukan hal-hal seperti mengenali pola, membuat keputusan dan menilai seperti manusia.

Dalam bentuk yang paling sederhana, Kecerdasan Buatan merangkum bidang yang menggabungkan ilmu komputer dengan kumpulan data kuat untuk memungkinkan pemecahan masalah.

Ini mencakup sub-bidang seperti pembelajaran mesin dan pembelajaran mendalam, yang sering dihubungkan dengan kecerdasan buatan. Bidang ini terdiri dari algoritma AI yang berusaha mencipta sistem pakar untuk membuat jangkaan (prediction) atau klasifikasi berdasarkan data masukan.

Seiring perkembangan teknologi yang semakin baik, alat baru akan terus bermunculan untuk mengoptimalkan kehidupan dan aktiviti sehari-hari.

ChatGPT adalah salah satu inovasi yang mengubah cara kita melakukan pendekatan terhadap pekerjaan dan akademik.

Dengan perkembangan zaman dan teknologi yang semakin pesat, kita umat Katolik tidak menutup mata terhadap semuanya itu. ChatGPT boleh dianggap sebagai sesuatu yang positif kerana ia dapat meningkatkan produktiviti kerja dan dalam bidang akademik.

Berlimpahnya informasi melalui AI harus diakui sebagai penambah sumber rujukan khususnya bagi para pelajar Katekismus dan seminarian.

Namun begitu, sebagai pelajar Katekismus, sebagai calon paderi, mahupun kita umat awam yang mahu mendalami Kitab Suci, pembelajaran dan maklumat bukan sahaja diperolehi dari buku atau dokomen tetapi melibatkan perasaan serta renungan yang mendalam sama ada dari sisi kognitif maupun afektif.

Apa yang dihasilkan melalui jawaban dari mesin ChatGPT tentu sangatlah berbeza dengan jawaban kemanusiaan. Apakah ChatGPT memiliki perasaan? Tentu saja tidak, kerana ChatGPT merupakan sarana melalui mesin yang membantu dalam proses bekerja manusia.

Sebagai contoh, calon paderi yang dalam pembentukan mempelajari Teologi Moral di mana mereka seringkali diajak untuk memecahkan sebuah permasalahan. Saya yakin, hal ini tidak dapat dijawab secara kritis oleh AI melalui ChatGPT, sebab ia memerlukan jawaban kemanusiaan melalui afeksi yang diharapkan untuk menyelesaikan sebuah persoalan dalam moral.

Bertahun-tahun sebelum keluaran sistem chatbot GPT-4 yang dibangunkan oleh OpenAI yang mula beroperasi di San Francisco, Vatikan sudah banyak terlibat dalam dialog tentang etika kecerdasan buatan, menganjurkan perbincangan di pelbagai peringkat dengan saintis dan eksekutif teknologi mengenai etika kecerdasan buatan pada 2016 dan 2020.

Bapa Suci Fransiskus dalam pesan damai Januari 1, 2024 memberi tumpuan kepada kecerdasan buatan dan menegaskan perlindungan martabat seseorang dan kepedulian terhadap persaudaraan yang secara efektif terbuka bagi seluruh keluarga manusia,” merupakan “syarat yang yang sangat diperlukan untuk perkembangan teknologi bagi menyumbang dalam mempromosikan keadilan dan perdamaian di dunia.”

Total Comments:0

Name
Email
Comments