Perayaan KS harap lahir rasul-rasul muda penginjilan

Kemuncak perayaan Minggu Kitab Suci (KS) peringkat Paroki Katedral St Francis Xavier diadakan di KUK St Blasius Magatang.

Aug 10, 2018

KENINGAU: Kemuncak perayaan Minggu Kitab Suci (KS) peringkat Paroki Katedral St Francis Xavier diadakan di KUK St Blasius Magatang.

Perayaan ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarta sabda, syarahan, mewarna Tahap 1, melukis dan mewarna Tahap 2, dan pertandingan Kuiz Alkitab. Aktiviti paling menarik dan mencabar adalah pertandingan Kuiz Alkitab yang melibatkan 10 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari tiga orang yang berusia sekitar 16- 40 tahun. Bersandarkan tema Hari Minggu Alkitab oleh Komisi Alkitab Serantau iaitu “Orang Muda, Iman Dan Renungan Mendalam Terhadap Panggilan,” maka fokus utama penglibatan Kuiz Alkitab adalah pelajar sekolah menengah, universiti dan pasangan yang baru berkahwin.

Turut serta dalam program Minggu Alkitab ini, Diakon David Gasikol bersama Sem. Appolonius Yakis. -- RX

Total Comments:0

Name
Email
Comments