Perhimpunan Dublin amati isu-isu genting keluarga

Perhimpunan Dublin amati isu-isu genting keluarga

Aug 03, 2018

VATIKAN: Kali terakhir seorang Sri Paus mengunjungi Ireland, Perlembagaan di negara itu melarang perceraian, perkahwinan gay, pengguguran, dan penderaan fizikal dan seksual di kalangan biarawati dan paderi dirahsiakan dengan hati-hati.

Tetapi, semua ini berubah dalam masa empat dekad sejak Sto Yohanes Paulus II mengunjungi negara itu pada 1979. Sri Paus Fransiskus akan melawat Dublin dan Knock pada 25-26 Ogos, untuk Pertemuan Keluarga Sedunia. Prelatus itu juga akan bertemu para pemimpin kerajaan Ireland dan dijangka bertemu dengan mangsa penderaan.

“Ireland adalah sebuah negara yang telah mengalami banyak penderitaan hebat dan juga menderita akibat gereja, juga terjadi banyak kes-kes memalukan seperti penganiayaan seksual, penderaan fizikal dan penderaan emosi," kata Kardinal Kevin J. Farrell, prefek Dikasteri bagi Kaum Awam, Keluarga dan Kehidupan, seorang rakyat Ireland dan membantu menganjurkan Pertemuan Keluarga Sedunia.

Pengungkapan sejauh mana gangguan dan penderaan serta penantian tindak balas para pegawai gereja telah menghancurkan kepercayaan umat Ireland terhadap gereja, menyebabkan kehadiran umat menyertai Misa semakin menurun serta meninggalkan gereja.

“Ireland kini, adalah negara yang sangat berbeza berbanding yang pernah dikunjungi oleh Sto Yohanes Paulus II pada akhir 1970-an, kata Kardinal Farrel.

“Pada suatu ketika dahulu, gereja adalah kuasa terkuat di Ireland, tetapi pada hari ini, tidak lagi.” Katanya lagi, rakyat Ireland dan Gereja Katolik di Ireland, harus mencari jalan untuk bekerjasama dan saling menyokong dalam menghadapi realti kepelbagaian budaya dan masyarakat majmuk negara itu.

Sri Paus Fransiskus telah cuba mengajar kita selama lima tahun agar gereja dan umat saling bekerjasama dan bersatu. Tetapi, kita harus ingat: Orang sekarang bukanlah orang seperti dahulu, orang sekarang lebih mementingkan diri.

Dan kita harus perlu membawa mesej Tuhan dan firman Tuhan kepada mereka, di mana sahaja mereka berada pada masa ini. Perubahan dalam masyarakat, bukan di Ireland sahaja dan dalam gereja juga telah memberi perubahan dalam Pertemuan Keluarga Sedunia dan pastoral kongres tersebut seja tahun 1994.

Kongres Dublin pada 22-24 akan meneruskan misi terasnya, tetapi ia juga telah direka dengan lebih menarik untuk mengalu-alukan semua keluarga, termasuk mereka yang menghadapi kesukaran atau cabaran dalam ajaran-ajaran gereja.

Para peserta boleh menghadiri bengkel dari demonstrasi memasak sehinggalah untuk perbincangan tentang menjangkau para keluarga migran dan pelarian, dan mempromosi doa keluarga, memahami LGBT dan keluarga mereka. Seperti yang dikatakan oleh Paus Fransiskus, kita harus menyesuaikan diri dengan realiti pada masa ini. Umat Katolik sekarang tidak begitu terangterangan mengungkapkan identiti mereka tetapi saya percaya bahawa mereka masih dan sedang mencari,” jelas Kardinal Farrel.

Sebagai contoh, lebih ramai pasangan di bawah umur 40 tahun telah mendaftar untuk menyertai perhimpunan Dublin berbanding manamana pertemuan sedunia sebelum ini dan kira-kira 37,000 orang mendaftar diri untuk menyertai kongres ini.

Seluruh sesi Pertemuan Keluarga Sedunia 2018 akan menumpukan kepada ekshortasi apostolik Sri Paus, Amoris Laetitia (Sukacita Kasih) yang menawarkan renungan tentang kehidupan keluarga moden.

Kardinal Farrell berkata beliau berharap perhimpunan dan kunjungan Sri Paus akan membantu "menyedari keindahan perkahwinan dan keindahan keluarga" lebih-lebih lagi, "menggalakkan orang untuk membantu satu sama lain." — CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments