Perhimpunan Hidup Komuniti Kristian Antarabangsa di Buenos Aires

Perhimpunan Hidup Komuniti Kristian Antarabangsa di Buenos Aires

Aug 03, 2018

BUENOS AIRES, Argentina: Dari 22 hingga 31 Julai lalu, para perwakilan dari 70 negara berhimpun di Buenos Aires sempena Perhimpunan Komuniti Hidup Kristian Sedunia.

Presiden Majlis Executive Sedunia CVX, Mauricio Lopez menyampaikan pesan Sri Paus Fransiskusyang menekankan, “Kita hanya boleh masuk ke dalam hati Tuhan melalui luka-luka Kristus.”

Sri Paus juga berterima kasih kepada semua yang hadir serta menggalakkan mereka untuk menghadirkan Kristus di tempat masing-masing serta menjadikan membawa semua maklumat yang diperolehi kepada masyarakat setempat.

Sementara itu, dalam ucapannya kepada 250 peserta, Mauricio mengatakan, “pusat identiti dan sumber panggilan kita di dunia adalah berinti pada kontemplasi inkarnasi yang dengan demikian menjadikan kerjasama dengan Kristus dalam penebusan umat manusia kita.”

Mauricio mendefinisikan misi CVX sebagai cara untuk “mencari orang yang sesat dan membantu mereka menemui Tuhan dalam hidup mereka, agar memiliki tujuan serta mempunyai pengetahuan batin tentang Tuhan Yesus kita dan meneruskan misi-Nya, untuk mengasihi Tuhan lebih sungguh, melayani Dia dengan lebih baik dan mengikut Dia berjalan ke arah mereka yang lemah dan terpinggir serta selalu bersaksi akan kehadiran Kristus. — CVX

Total Comments:0

Name
Email
Comments