Perjalanan Hidup Ku ... kisah panggilan imamat yang dibukukan

Perjalanan Hidup Ku ... kisah panggilan imamat yang dibukukan

Aug 03, 2018

SANDAKAN: PERJALANAN HIDUPKU.. adalah sebuah cerita berbentuk novel yang berkisarkan perjalanan hidup seorang remaja lela ki biasa, berlatar belakangkan keluarga miskin, onak duri sebuah keluarga yang menghadapi pelbagai masalah.

Buku ini bukan sahaja memberi gambaran bagaimana seorang anak muda berbelah bahagi menyahut panggilannya menjadi seorang paderi, ia juga diselitkan kisah-kisah pengajaran yang tidak jauh bezanya dengan kisah remaja masa kini seperti pengaruh rakan sebaya serta perkenalannya dengan seorang gadis yang berjaya mencuri hatinya.

Malahan kisah zaman kanakkanaknya cukup menghiburkan dan mencuit hati sehingga membawa pembaca mengimbas kembali kenangan istimewa semasa kanak-kanak dahulu.

Father Stanley W. Matakim (Fr Stan) ditabis menjadi paderi pada 30 Januari 2016 dan kini bertugas di paroki St. Martin Telupid di bawah naungan Keuskupan Sandakan.

Novel “Perjalanan Hidup Ku” dijual dengan harga hanya RM38 dan hasil jualan buku ini disumbangkan sepenuhnya kepada tabung seminarian Sandakan.

Dalam menghasilkan buku ini, Fr Stanley berkolaborasi dengan seorang penulis berasal dari Sabah, Flora James yang sudah lama berkecimpung di dalam dunia penulisan.

Selain buku biografi Fr. Stan, Flora James sudah menulis beberapa buku lain yang di antaranya di jual secara persendirian dan dalam pasaran terbuka antarabangsa melalui laman web terkenal Amazon.

Ini disebabkan Sdri Flora kini menetap bersama keluarganya di kepulauan Sicily, bahagian selatan Itali.

Satu-satunya anak Sabah yang menetap di kepulauan besar itu sehingga kini. Buku-buku yang pernah dihasilkannya: Cinta Internet, My Sicilian Husband, Perjalanan Hidup Ku dan Totuong.

Tutuong adalah buku pertama yang mengandungi beberapa penulis dan pelukis online Sabahan dengan pelbagai cerita, puisi, pantun jenaka dan juga komik.

Novel ini mendapat sambutan bukan sahaja di sekitar Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia, malahan di kalangan menteri Sabah, artis tempatan, guru-guru, kakitangan kerajaan dan juga anak-anak remaja muda.

Walaupun sibuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri, ibu dan pelajar Ijazah Kedua jurusan Sociology with Criminology, Sdri Flora tekun mencari masa menulis dalam halaman sosialnya serta sebuah buku lagi yang bakal diterbitkan dalam tahun ini.

Ramai yang mengenali anak watan ini sebagai penulis yang menulis untuk kerja amal, di mana hampir keseluruhan jualan buku-bukunya disumbangkan kepada mereka yang berada di pedalaman Sabah dan juga yang memerlukan.

“Ke mana pun anak Sabah pergi, dia tetap seorang Sabahan. Siapa lagi yang akan tolong orang sendiri kalau bukan orang sendiri,” ujar Flora.

Perjalanan Hidup ku.. NOVEL PERTAMA yang mengisarkan pegangan iman Katolik untuk gereja kita di Sabah dan seluruh Malaysia, kini berada dalam cetakan kedua boleh dibaca tidak kira bangsa, bahasa, agama dan semua peringkat umur.

Ia bukan sahaja mengandungi unsurunsur teladan dan amalan baik sebagai iktibar, ia juga telah didaftarkan sebagai bahan bacaan dan jualan umum daripada Perpustakaan Negara Malaysia, malah Perpustakaan Negeri Sabah juga ada menyimpan buku ini sebagai koleksi buku-buku mereka. Gaya penulisan yang sangat santai, bahasa yang mudah difahami, sesuai dimiliki setiap keluarga untuk dibaca bersama.

Kepada yang berminat untuk mendapatkannya atau melihat komen dan ulasan dari mereka yang sudah membacanya terlebih dahulu bolehlah merujuk:Facebook: Stan Chiwawa; atau mengubungi pejabat Paroki Katedral St. Mary Sandakan/Paroki St. Martin Telupid.

Total Comments:0

Name
Email
Comments