Perjanjian Vatikan-China, saya bertanggungjawab! — Sri Paus Fransiskus

Perjanjian Vatikan-China, saya bertanggungjawab! — Sri Paus Fransiskus

Oct 05, 2018

VATIKAN: Sri Paus Fransiskus mengakui untuk komited bertanggungjawab bagi perjanjian sementara Takhta Suci dan Republik Rakyat China, dengan menyatakan bahawa dalam manamana rundingan sedemikian, “kedua-dua pihak kehilangan sesuatu.”

Prelatus itu ditanya mengenai perjanjian sementara Vatikan-China, pada 25 September semasa penerbangan dari Tallinn ke Roma oleh Antonio Pelayo dari Vida Nueva.

Perjanjian mengenai pelantikan uskup di tanah besar China ditandatangani pada 22 September di Beijing. Perjanjian ini akan membolehkan para uskup yang bersekutu dengan Bapa Suci, pada masa yang sama diiktiraf oleh kerajaan China. Fransiskus berkata perjanjian itu adalah buah dari dialog yang telah mengambil beberapa tahun.

“Pasukan Vatikan banyak bekerja,” katanya yang merujuk kepada kerja keras Uskup Agung Claudio Maria Celli, presiden emeritus Dewan Kepausan untuk Komunikasi sosial; Fr. Rota Graziosi, seorang pegawai kuria Rom; dan Kardinal Pietro Parolin, Setiausaha Negara Vatikan.

Kardinal Parolin, misalnya, menumpukan usaha penuh dalam perjanjian itu; beliau mengkaji segala dokumen dengan sangat teliti dan memberi saya keyakinan. Anda pasti tahu bahawa apabila anda membuat perjanjian damai atau rundingan, kedua belah pihak akan kehilangan sesuatu,” kata Sri Paus Fransiskus. “Inilah undang-undang. Kedua-dua pihak. Dan dari situ, anda bergerak maju.”

Uskup Roma itu mengatakan bahawa dialog yang membawa kepada persetujuan itu adalah satu proses untuk melakukan dua langkah ke depan dan satu langkah ke belakang. “Kemudian, bulan-bulan berlalu tanpa berita dan kemudian, apabila tiba masa Tuhan, yang nampaknya menyentuh kerajaan China.Secara perlahan- lahan, inilah kebijaksanaan, kebijaksanaan daripada pihak orang China.”

Beliau menjelaskan, “kes para uskup yang mengalami kesulitan dikaji satu persatu. Dan satu persatu fail mereka dihantar ke meja saya. Saya bertanggungjawab untuk menandatangani kes uskup.”

Selepas itu, draf persetujuan diletakkan di atas mejanya, akan dibincangkan dan saya memberikan pendapat saya,” ujar Sri Paus.

“Saya berfikir tentang rintangan, tentang penderitaan orang-orang Katolik. Ya betul. Mereka akan menderita. Dalam persetujuan bersama pasti akan ada penderitaan. Tetapi mereka mempunyai iman yang besar.”

Bapa Suci mengatakan, apa yang dikatakan oleh Takhta Suci, apa yang dikatakan oleh Santo Petrus, adalah kata-kata Yesus. Iman kematiran orang-orang sekarang akan terus ke hadapan. Saya menandatangani perjanjian itu dan saya bertanggungjawab.”

“Di samping itu, sesiapa yang telah saya lantik, telah bekerja lebih 10 tahun. Ini bukan penambahbaikan. Ia jalan, jalan kebenaran sejati.”

Beijing menubuhkan Asosiasi Katolik Patriotik China pada tahun 1957 untuk mengenakan undang-undang kepada orang Katolik di China, dan Katolik di republik itu terbahagi kepada anggota Gereja patriotik dan “bawah tanah Gereja”.

Asosiasi Patriotik Katolik China adalah di bawah pengawasan Parti Komunis China sejak Mac 2018 dan keputusan tentang hal ehwal agama dialihkan oleh kerajaan China kepada Jabatan Kerja-kerja Parti Kesatuan Front Komunis China.Sejak beberapa tahun ini juga, pihak berkuasa China telah menghancurkan beberapa buah gereja Kristian bawah tanah dan juga masjid di beberapa wilayah barat China. — CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments