Perkahwinan antara sepupu

Sebelum memberikan jawaban tentang pertanyaan “perkahwinan sepupu” itu dilarang oleh Gereja, sebaiknya kita perlu mengenal dahulu mengenai perkahwinan sedarah (consaguinitas).

Jun 05, 2021

Soalan: Saya melihat ada tradisi yang membenarkan perkahwinan di antara sepupu. Tetapi,  mengapa Gereja melarang praktik tersebut.  Apa alasan kuat Gereja sehingga melarang hal  tersebut? — Tony

Sebelum memberikan jawaban tentang pertanyaan “perkahwinan sepupu” itu dilarang oleh  Gereja, sebaiknya kita perlu mengenal dahulu  mengenai perkahwinan sedarah (consaguinitas).

Perkahwinan sedarah merupakan bentuk  perkahwinan yang dilakukan oleh mereka yang  masih memiliki hubungan langsung, iaitu relasi  satu garis keturunan: ibu bapa – anak, datuk/ nenek — cucu, atau garis menyamping (colateral  line): perkahwinan dengan anak buah atau  perkahwinan antara saudara sepupu.

Menurut ajaran Gereja, perkahwinan sedarah  seperti ini tidak dapat dilakukan dalam garis  lurus mahupun garis menyamping sampai tingkat  keempat. Hal ini ditegaskan oleh Gereja dalam  Kitab Hukum Kanonik: “Tidak sahlah perkahwinan antara mereka semua yang mempunyai  hubungan darah dalam garis keturunan ke atas  dan ke bawah, baik yang sah mahupun yang natural” (Kan 1091§1); dan “Dalam garis keturunan  menyamping, perkahwinan tidak sah sampai  dengan tingkat keempat” (Kan 1091§2).

Pernyataan Hukum Kanonik tersebut bukan tanpa dasar atau sekadar larangan yang dilakukan oleh Gereja tanpa pemahaman medikal  yang benar.

Sebaliknya, pernyataan itu memiliki keabsahan yang didasarkan oleh dunia genetika di mana  perkahwinan yang dilangsungkan oleh mereka  yang berhubungan darah akan menyebabkan  penyakit-penyakit genetik.

Penyakit-penyakit ini telah terbukti pada banyak orang yang telah melangsungkan perkahwinan sedarah. Berdasarkan penelitian, penyakitpenyakit genetik yang sering terjadi adalah seperti kematian bayi, cacat lahir, kebutaan, kesulitan belajar, gangguan pendengaran dan gangguan  metabolisme.

Selain pemahaman dunia genetika, Gereja melakukan larangan tersebut atas dasar hukum  kudrat bahawa perkahwinan antara saudara sedarah tidak dapat dibenarkan, lebih-lebih perkahwinan saudara sekandung atau perkahwinan ayah  dan anak perempuan, atau ibu dan anak lelaki;  termasuk juga perkahwinan antara datuk atau  nenek dengan cucu-cucunya.

Sikap Gereja ini tegas dan tidak dapat diubah  meskipun ada budaya yang memungkinkan  perkahwinan sedarah (incest) seperti ini dilakukan. Dengan kata lain, Gereja tidak pernah memberikan kemungkinan untuk melangsungkan  sebuah perkahwinan yang berhubungan darah  satu garis lurus atau dalam garis menyamping  tingkat kedua (bdk. KHK kan 1091§4).

Apabila Hukum Gereja telah menyatakan  demikian, “Apakah mungkin perkahwinan antara  sepupu itu?” Gereja membezakan hukum menjadi dua: hukum Ilahi dan hukum Gereja. Dalam  hal perkahwinan antara sepupu, larangan perkahwinan ini merupakan larangan yang dibuat oleh  hukum Gereja (otoritas Gerejawi). Maka, sebagaimana prinsip Gereja, hukum yang bukan dari  Tuhan atau yang dibuat oleh otoritas Gereja  masih boleh mendapatkan dispensasi.

Dengan demikian, perkahwinan antara sepupu  masih mungkin dilakukan. Namun, Gereja tidak  sembarangan untuk menyatakan perkahwinan  antara sepupu itu dapat dilaksanakan. Contoh di  Indonesia yang seringkali terjadi adalah dalam  budaya Batak. Gereja sangat berhati-hati dengan  perkahwinan seperti itu. Gereja tetap menyuarakan supaya perkahwinan sedarah tidak dilangsungkan dengan alasan yang telah disebutkan  tadi iaitu atas dasar perubatan.

Mereka yang hendak melakukan perkahwinan  antara sepupu ini memerlukan dispensasi dari  uskup (Ordinaris Wilayah). Ini bermakna bahawa perkahwinan masih boleh dilangsungkan asalkan  secara pasti telah dibuktikan tidak ada halangan atau bukan perkahwinan antara saudara kandung.

Meskipun ada kemungkinan antara sepupu  masih dilangsungkan, Gereja tetap mengajak  agar umat Katolik tidak melakukannya supaya  dapat menghindari bentuk-bentuk penyakit yang  tidak diinginkan dalam kehidupan anak-anak  sebagaimana bukti medik yang telah ditemui. —  Fr Yohanes Benny Suwito, hidupkatolik. com

Total Comments:0

Name
Email
Comments