Persiapan jubli, Statue Maria lawat seluruh keuskupan

Pada 26 Februari lalu, Statue Bonda Maria dan Ikon Keluarga Kudus yang telah menziarahi seluruh Keuskupan Keningau telah tiba kembali ke KSFX.

Mar 23, 2018

KENINGAU: Pada 26 Februari lalu, Statue Bonda Maria dan Ikon Keluarga Kudus yang telah menziarahi seluruh Keuskupan Keningau telah tiba kembali ke KSFX. Ziarah yang berlangsung selama 30 hari itu merupakan salah satu pengisian sempena dengan persiapan sambutan Jubli Perak Keuskupan Keningau.

Penutupan Ziarah ini dimulakan dengan doa Rosario yang diadakan di Dewan Solidariti oleh LOM kemudian perarakan dari dewan masuk ke dalam gereja. Misa penutupan disempurnakan oleh YM Uskup Cornelius Piong dengan kehadiran empat orang paderi dan Diakon David.

Bapa Uskup dalam homilinya menyatakan bahawa peranan Bonda Maria adalah sangat besar kerana kerelaannya menjadi saluran kehadiran Yesus kepada manusia. Kerana kerelaan Bonda Maria, maka terlaksana penyelamatan Tuhan kepada manusia yang sering jatuh ke dalam dosa.

Prelatus itu juga menyeru agar umat meningkatkan devosi kepada Bonda Maria, memohon pertolongannya untuk mengatasi pelbagai cabaran dalam kehidupan dan juga sebagai persiapan sempena Jubli Perak Keuskupan Keningau.

Pn. Stella Kinsik, Pengerusi MPP yang juga merupakan Tim Pelaksana mengungkapkan kesyukuran dan terima kasih kepada Tim Pelaksana dan juga kepada ahli-ahli LOM atas kerjasama dan usaha dalam mempersiapkan Penutupan Ziarah. Pn. Maria Kuntiou, selaku Presiden Komisium mengucapkan kepada ahli-ahli yang terlibat, MPP, Komiti-komiti kerana sama-sama memeriahkan Misa Penutupan Ziarah. Seusai perayaan Misa, para hadirin dijemput bersama dalam jamuan kesyukuran di Dewan KSFX. Di situ, video klip slaid tentang perjalanan Ziarah di seluruh Keuskupan Keningau telah ditayangkan kepada umat.--KOMSOS Keningau

Total Comments:0

Name
Email
Comments