Perubahan iklim, aktivis muda desak pemimpin bertindak segera

Kanak-kanak dunia tidak mampu lagi menerima janji-janji kosong. Pada Sidang Perubahan Iklim PBB (COP26) pada tahun ini, aktivis belia termasuk Greta Thunberg memetik laporan PBB bahawa kanak-kanak tidak akan terlepas dari kesan pemanasan global.

Aug 28, 2021


GENEVA:
Kanak-kanak dunia tidak mampu lagi menerima janji-janji kosong. Pada Sidang Perubahan Iklim PBB (COP26) pada tahun ini, aktivis belia termasuk Greta Thunberg memetik laporan PBB bahawa kanak-kanak tidak akan terlepas dari kesan pemanasan global.

Dalam indeks pertama seumpamanya, yang diterbitkan pada hari Jumaat, agensi kanak-kanak PBB— UNICEF mendapati bahawa hampir semua 2.2 bilion kanak-kanak di dunia terdedah kepada sekurangkurangnya satu risiko iklim atau persekitaran, dari bencana banjir hingga udara beracun.

Minggu lalu, panel iklim PBB yang terdiri daripada para saintis atmosfera terkemuka dunia memperingatkan bahawa pemanasan global berbahaya hampir tidak terkawal, dengan gelombang panas yang mematikan, taufan dan kejadian ekstrem lain yang cenderung terus memburuk.

Greta, 18, mengatakan bahawa indeks UNICEF mengesahkan kanak-kanak akan terjejas paling teruk. Greta menegaskan ketika para pemimpin dunia bertemu di Glasgow pada bulan November untuk COP26, mereka perlu bertindak dan bukan hanya bercakap.

 

"Saya berharap mereka akan melakukan aksi konkrit," katanya kepada para wartawan menjelang penerbitan indeks pada ulang tahun ketiga "Fridays For Future" sebuah gerakan belia yang menjadi global pada masa kini, yang meneladani protes solonya di luar sekolahnya di Sweden.

Greta turut disertai oleh aktivis-aktivis muda dari seluruh dunia. Antaranya Mitzi Jonelle Tan, 23 dari Filipina, yang menceritakan pengalamannya membuat kerja rumah dengan lilin kerana ribut taufan disebabkan perubahan iklim.

Setelah berbulan-bulan cuaca melampau dan amaran mengerikan dari para saintis, "janji kosong dan rancangan tidak jelas pemimpin dunia" patut diakhiri. Semua orang harus mengubah keadaan dengan kadar segera!" Seharusnya tidak ada tangguh-menangguh untuk COP ini ... semua kita khususnya pemimpin harus menjadi orang aktif yang mengubah keadaan," tegas Tan.

Henrietta Fore, pengarah eksekutif UNICEF mengatakan bahawa dalam membawa kesedaran tentang perubahan iklim yang aktif adalah orang muda di seluruh dunia.

Kanak-kanak lebih berisiko berbanding orang dewasa kerana mereka kurang dapat bertahan daripada kejadian cuaca yang melampau dan lebih mudah terdedah kepada bahan kimia toksik, perubahan suhu dan penyakit.

Indeks UNICEF menunjukkan sekitar 1 bilion kanakkanak di kebanyakan 33 buah negara khususnya di Afrika, menghadapi "kombinasi maut" cuaca ekstrem dan isu-isu yang sedia wujud di negara-negara itu seperti kemiskinan, menjadikan golongan ini semakin terancam. — LiCASnews

Total Comments:0

Name
Email
Comments