Pesan Sri Paus Fransiskus pada Hari Panggilan Sedunia ke-61: Penziarah Harapan, Pembangun Perdamaian

“Setiap tahun, Hari Doa Sedunia untuk Panggilan mengundang kita untuk merenungkan anugerah berharga panggilan Tuhan kepada kita masingmasing, untuk mengambil bahagian dalam rancangan kasih-Nya demi mewujudkan keindahan Injil dalam keadaan kehidupan yang berbeza,” demikian permulaan pesan Sri Paus Fransiskus sempena Hari Doa Panggilan Sedunia ke-61, April 21.

Apr 19, 2024


TAKHTA SUCI:
“Setiap tahun, Hari Doa Sedunia untuk Panggilan mengundang kita untuk merenungkan anugerah berharga panggilan Tuhan kepada kita masingmasing, untuk mengambil bahagian dalam rancangan kasih-Nya demi mewujudkan keindahan Injil dalam keadaan kehidupan yang berbeza,” demikian permulaan pesan Sri Paus Fransiskus sempena Hari Doa Panggilan Sedunia ke-61, April 21.

Pesan Sri Paus berfokus pada tema: “Dipanggil untuk menabur benih harapan dan membangun perdamaian.”

Bapa Suci mencatat bahawa semua umat Kristian dipanggil untuk menyahut panggilan Tuhan untuk melayani Dia di dunia, sama ada melalui hidup bakti, imamat, berkahwin bahkan sebagai orang bujang.

Katanya, rasa syukur harus menjadi ciri perayaan Hari Panggilan Sedunia sambil memdoakan dan memperingati ramai umat Kristian yang melayani Tuhan di semua lapisan masyarakat.

Secara khusus, Sri Paus Fransiskus mengajak generasi muda untuk memberikan ruang kepada Tuhan, agar mereka dapat menemui kebahagiaan dalam panggilan-Nya yang sentiasa menghargai kebebasan kita.

Ciri Sinode dalam Hari Doa Panggilan
Sri Paus Fransiskus selanjutnya mengajak umat Kristiani untuk menjadi “penziarah harapan” dalam perjalanan Gereja menuju Jubli 2025.

Di tengah-tengah kepelbagaian karisma dan panggilan dalam Gereja, umat Tuhan dibimbing oleh Roh Kudus dan membentuk Tubuh Kristus sebagai anggota sebuah keluarga besar .

“Dalam hal ini, Hari Doa Panggilan Sedunia memiliki karakter sinode: di tengah-tengah kepelbagaian karisma kita, kita dipanggil untuk mendengarkan satu sama lain dan melakukan perjalanan bersama. Roh memimpin kita demi manfaat semua orang.

Bapa Suci juga mendesak semua orang untuk berdoa memohon panggilan imamat dan religius agar Tuhan dapat “mengirimkan pekerja di ladang-Nya yang luas.”

Dalam persiapan Gereja mempersiapkan Jubli 2025, umat Kristian harus terlibat dalam doa setiap hari, mendengar suara Tuhan yang dapat membantu kita menjadi “penziarah harapan dan pembangun perdamaian.”

Bapa Suci mengingatkan bahawa ziarah umat Kristian bererti menjaga mata, fikiran dan hati kita agar tetap tertuju pada tujuan kita — Kristus — dan berjalan setiap hari dengan cara yang baharu.

“Ziarah kita di muka bumi ini bukannya perjalanan siasia atau pengembaraan tanpa tujuan,” ujarnya. “Sebaliknya, setiap hari, dengan menanggapi panggilan Tuhan, kita berusaha dan cuba mengambil setiap langkah yang diperlukan untuk maju menuju dunia baharu di mana masyarakat dapat hidup dalam perdamaian, keadilan dan cinta.”

Lelaki dan wanita harapan
Tujuan dari setiap panggilan Kristian adalah untuk menjadi “lelaki dan wanita harapan,” yang membawa pesan Injil tentang harapan dan perdamaian di tengah krisis yang tak terhitung jumlahnya.”

Inilah makna sejati ziarah Kristian kita: kita memulakan perjalanan untuk menemui kasih Tuhan dan pada masa yang sama, untuk menemui diri kita sendiri hasil perjalanan ziarah yang disuburkan melalui hubungan kita dengan orang lain.

Kita adalah penziarah kerana kita telah dipanggil untuk mengasihi Tuhan dan untuk mengasihi satu sama lain.

Perjalanan ziarah kita di muka bumi ini jauh berbeza dari perjalanan di dunia, ia bukan perjalanan sia-sia atau pengembaraan tanpa tujuan; sebaliknya, setiap hari, dengan menyahut panggilan Tuhan, kita berusaha mengambil setiap langkah yang diperlukan untuk maju ke arah dunia baharu: Dunia di mana orang boleh hidup dengan aman, keadilan dan kasih sayang. Kita adalah penziarah harapan kerana kita terus maju ke hadapan, ke arah masa depan yang lebih baik, komited pada setiap langkah.

Selalunya, Tuhan seakan-akan tidak wujud: di sekeliling kita, kita melihat ketidakadilan, kejahatan, ketidakpedulian dan kekejaman yang berterusan. Tetapi di tengahtengah kegelapan, sesuatu yang baharu selalu muncul untuk menyedarkan kita akan berkat Tuhan serta lambat laun akan menghasilkan buah yang baik (Evangelii Gaudium, 276).

Rasul Paulus memberitahu kita bahawa, “dengan harapan kita telah diselamatkan” (Roma 8:24). Penebusan yang dicapai dalam misteri Paskah adalah sumber harapan, harapan yang pasti dan boleh dipercayai, berkat yang memampukan dan menguatkan kita untuk menghadapi cabaran masa kini.

Untuk menjadi penziarah harapan dan pembangun kedamaian, bermakna kita harus mendasarkan hidup kita di atas batu karang kebangkitan Kristus, mengetahui bahawa panggilan yang kita usahakan untuk hidupi, tidak akan pernah sia-sia.

Kegagalan dan halangan mungkin timbul di sepanjang jalan, tetapi benih kebaikan yang kita semai tumbuh secara senyap-senyap, membawa kita kepada matlamat utama: iaitu pertemuan kita dengan Kristus dan kegembiraan hidup selama-lamanya dalam kasih persaudaraan.

Keberanian untuk melakukan!
Pada akhir pesannya, Sri Paus Fransiskus mengulangi katakatanya semasa Hari Belia Sedunia di Lisbon: “Bangkitlah!”

“Marilah kita bangun dari tidur, mari kita tinggalkan sikap acuh tak acuh, marilah kita membuka pintu penjara di mana kita sering mengurung diri kita sendiri, agar setiap daripada kita dapat menemui panggilan-Nya yang sesuai di Gereja dan di dunia, serta menjadi penziarah harapan dan pembina keamanan!”

“Marilah kita bersemangat tentang kehidupan, dan beriltizam untuk mengambil berat dengan penuh kasih sayang kepada orang-orang di sekeliling kita, di setiap tempat di mana kita tinggal. Biar saya katakan sekali lagi: “Beranilah untuk komited!” -- media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments