Poor Clare Sisterke Keuskupan Keningau bantu suburkan kehidupan doa

Keuskupan Keningau secara rasminya mengalu-alukan kedatangan satu lagi kongregasi religius, Kongregasi Poor Clare Sister pada 12 Sept lalu.

Oct 05, 2019

KENINGAU: Keuskupan Keningau secara rasminya  mengalu-alukan kedatangan satu lagi kongregasi religius, Kongregasi Poor Clare Sister pada 12 Sept lalu.

Mereka ini merupakan kongregasi kon- templatif atau melayani dengan berdoa sepenuh masa. Buat sementara mereka ting- gal dan melayani di Rumah Retret Keuskupan Keningau, Tatal.

Misa Kudus sempena penerimaan kon- gregasi baru ini diselebrankan oleh Uskup Cornelius Piong di Katedral St. Francis Xavier bersama dengan 11 orang paderi.

Bersamaan dengan penerimaan ini juga, gereja turut merayakan Pesta Nama Tersuci Bonda Maria.

“Kenapa kita menjemput mereka? Saya bersama paderi di Keuskupan Keningau telah bersetuju untuk menjemput mereka kerana perlunya pendoa di Keuskupan Keningau.

“Perlunya ada kongregasi kontemplatif ini untuk membantu menyedari Tuhan itu hadir, gereja dan keuskupan kita sangat memerlukan sokongan doa. Selain itu, dunia sekarang semakin tidak peduli akan kehadiran Tuhan, kongregasi ini bersaksi bahawa Tuhan hidup dan hadir di tengah- tengah-tengah kita. Meskipun setiap kon- gregasi mempunyai karisma dan peranan masing-masing perlunya kita untuk meng- hormati mereka dan mereka juga perlu mengintegrasikan diri dengan perancangan Pastoral,” jelas Bapa Uskup tentang per- anan kongregasi baru ini dalam homilinya.

Dengan adanya doa seperti adorasi telah menyedarkan umat bahawa Tuhan itu ada dekat dengan kita. Sejak tertubuhnya ado- rasi, pelayanan semakin efektif di Keuskupan Keningau. Namun begitu masih tidak cukup dan oleh itu kongregasi sangat diperlukan di Keuskupan Keningau. Untuk mencapai sesuatu matlamat perlunya cam- pur tangan dari Tuhan.

Dalam Misa tersebut, diadakan juga upacara perlafazan kaul sementara salah seorang Sister Poor Clare, Sr. Mary Gloria. Seramai enam orang Poor Clare Sister yang akan tinggal dan akan melayani di Keuskupan Keningau. —Komsos Kga

Total Comments:1

Name
Email
Comments
Winnie Veronica Bian [email protected]
Shallom... Syukur Puji Tuhan... Saya rasa terpanggil untuk mengenali lebih jauh pelayanan ini dan membimbing kami selama ini dalam pelayanan Pendoa Syafaat Kerahiman Ilahi. Kami sangat memerlukan sokongan Dan motivasi rohani untuk terus hidup dalam Doa. Jika ada kelapangan hubungi saya no 01110922997. Terima kasih. Tuhan memberkati