Ragam dan peranan liturgi di CDM

Kerasulan Bahasa Malaysia di Gereja Divine Mercy telah mengan- jurkan Seminar Liturgi pada 31 Ogos. Seramai 65 peserta menyertai seminar sehari yang dikendalikan oleh Sr Florence Nemesius dan Sr Neomi Mejia dari kongregasi Franciscan Sisters of the Immaculate Conception (FSIC).

Oct 05, 2019

PULAU PINANG: Kerasulan Bahasa Malaysia di Gereja Divine Mercy telah mengan- jurkan Seminar Liturgi pada 31 Ogos. Seramai 65 peserta menyertai seminar sehari yang dikendalikan oleh Sr Florence Nemesius dan Sr Neomi Mejia dari kongregasi Franciscan Sisters of the Immaculate Conception (FSIC).

Dengan tema, “Memperdalamkan Pemahaman Kita Tentang Perayaan Ekaristi”, Sr Florence memulakan seminar dengan memperkenalkan secara ringkas Pedoman Umum Misale Romawi (PUMR/GIRM).

Pedoman itu merupakan panduan bagi umat untuk menyertai Misa Khusus secara
aktif, berkesan dan bermakna.

Sr Neomi pula menjelaskan topik “Liturgi” mengenai asal usul kata ‘liturgi’, bagaimana liturgi itu menjadi sumber kehidupan kita dan merupakan kemuncak iman penganut Kristian kerana ia adalah karya penyelamatan Kristus.
Beliau juga menerangkan bagaimana kita dapat memper- oleh kekuatan melalui liturgi seperti sabda Yesus, “Siapa yang makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia.” (Yohanes 6:56). Sr Neomi kemudiannya menerangkan tentang sejarah perayaan Ekaristi dan mene- gaskan bahawa Kristus benar- benar hadir dalam Ekaristi.

Dalam sesi “Kerohanian Ekaristi”, Sr Florence meny- atakan bahawa dengan mer- ayakan misteri paskah ini, kita memperoleh impak penuh kehidupan yang membantu kehidupan Kristian kita lebih bermakna dan kudus setiap hari. Komuni Kudus yang diterima adalah Yesus sendiri, apabila kita menerima-Nya, Dia berada di dalam kita.

Para peserta diingatkan agar melakukan persiapan peribadi di rumah sebelum menghadiri Misa Kudus. Semasa mer- ayakan Misa pula, umat diseru untuk menyertainya secara aktif, sedar dan hormat. --

Total Comments:0

Name
Email
Comments