Refleksi Sangti Papa tentang doa “Bapa Kami”

Dalam peringatan ulang tahun kelima pemilihan Paus Fransiskus sebagai Bapa Suci, Penguin Random House telah menerbitkan koleksi refleksi Sri Paus tentang doa Bapa Kami.

Mar 23, 2018

KOTA VATIKAN: Dalam peringatan ulang tahun kelima pemilihan Paus Fransiskus sebagai Bapa Suci, Penguin Random House telah menerbitkan koleksi refleksi Sri Paus tentang doa Bapa Kami.

Dilancarkan pada 13 Mac, “Bapa Kami: Renungan akan Doa Tuhan” menumpukan kepada isu-isu keadilan sosial dan amal di seluruh dunia, mendesak orang Kristian untuk merenung kepentingan solidariti dan pengampunan.

“Saya berharap bahawa dalam berdoa Bapa Kami, kita semua akan merasa lebih disayangi, diampuni, disegarkan dalam Roh Kudus, dan dengan demikian dapat pula mencintai dan memaafkan setiap saudarasaudari lain,” tulis Paus Fransiskus dalam mukadimah buku tersebut.

“Ini akan memberi kita gambaran bagaimanakah Syurga itu.”

Sebahagian besar buku itu mengandungi teks dari sembilan sesi soal jawab yang disiarkan secara bersiri di televisyen Itali “Bapa kami”. Dalam siri tersebut, Paus Fransikus bekerjasama dengan Father Marco Pazzo, seorang ahli teologi dan penaung penjara di Itali Utara, dalam menjawab soalan-soalan dan memberi renungan.

Sri Paus Fransiskus juga menyeru ibu bapa dan warga tua, bahawa mengucapkan doa-doa mereka merupakan hadiah untuk Gereja.

Prelatus itu berkata doa-doa mereka mengekalkan usaha dan pelayanan dalam Gereja. “Kehidupan dan hayat warga tua adalah doa. Mereka adalah hadiah untuk Gereja. Merekalah harta Gereja!”--berdasarkan CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments