Rekoleksi Pelayan Altar di St Martin Telupid

Seorang pelayan Altar dipangil untuk membantu selebran utama dalam merayakan peristiwa keselamatan dalam liturgi.

May 03, 2024


TELUPID:
Seorang pelayan Altar dipangil untuk membantu selebran utama dalam merayakan peristiwa keselamatan dalam liturgi.

Pada April 12 lalu, seramai 182 orang belia dan kanak-kanak berumur 10 hingga 25 tahun dari seluruh paroki St Martin, Telupid telah menyertai Rekoleksi Pelayan Altar yang dianjurkan bersama oleh Komiti Liturgi dan Kerasulan Belia Paroki.

Rekoleksi ini dijalankan untuk memberikan peneguhan iman dalam pelayanan sebagai pelayan Altar.

Rekoleksi dimulakan dengan pendaftaran dan disusuli dengan upacara Pentakhtaan Alkitab.

Selepas itu, paderi paroki St Martin, Fr Christopher Ireneus menyapaikan sesi bertajuk “Peranan dan Tanggungjawab Pelayan Altar”.

Kemudian, dalam sesi kedua, Fr Christopher memperkenalkan dan menjelaskan peralatan-peralatan liturgi yang sering digunakan semasa perayaan liturgi Gereja.

Rekoleksi diteruskan dengan sesi kesedaran panggilan kepaderian dan religius.

Sesi ini disampaikan oleh paderi dan Sr Clarice George dari kongregasi Franciscan Sisters of the Immaculate Conception (FSIC). Sr Clarice mengonsikan tahap-tahap yang perlu dilalui dalam perjalanan menjadi seorang Sister dan aktiviti-aktiviti rutin dalam kehidupan seorang religius FSIC.

Di samping itu, pihak penganjur juga telah mengambil pendekatan yang menarik dengan memasukkan slot “Pop-Up” iaitu sesi singkat yang memberikan beberapa maklumat tentang Gereja dan isu-isu se perti “Eco-Warrior”, “Belia Bersinodaliti”, “I am Catholic, Forever a Catholic” dan “Hapuskan Buli”.

Sesi terakhir adalah aktiviti dalam kumpulan di mana para peserta diagihkan kepada beberapa kumpulan, membuat renungan peribadi dan berkongsi tentang “Bagaimana saya dapat menjadi seorang Katolik yang berkualiti?”

Rekoleksi diakhiri dengan sesi bergambar dan gotong-royong.

Total Comments:0

Name
Email
Comments