Rencana Tuhan selalu baik

Demikianlah firman TUHAN, iaitu rancangan damai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadamu masa depan yang penuh harapan. (Yeremia 29:11), merupakan tema bagi sebuah program belia - Love & Life Kick-Start 2024 yang diadakan di Gereja St Francis of Assisi baru-baru ini.

Apr 26, 2024

CHERAS:

Program tersebut mendalami aspek identiti dan hubungan dengan Tuhan dan orang lain.

Ia merangkumi topik seperti mengenali diri sendiri, makna Misa Kudus, hubungan dengan orang lain, Gereja dan dunia.

Para peserta juga terlibat dalam pelbagai bentuk doa sperti doa Taizé, doa kontemplatif, pujian dan penyembahan serta Ibadat Jalan Salib.

Kehadiran Uskup Agung Kuala Lumpur, Uskup Julian Leow telah memeriahkan program ini di mana prelatus itu berbicara tentang Gereja sebagai ‘Rumah’.

Dalam program ini juga para peserta berpeluang untuk bersoal jawab tentang panggilan dan mendoakan para paderi serta uskup.

Salah seorang peserta, Natalia Hiew dari Gereja St Ignatius mengongsikan, “Rasa ingin tahu mendorong saya untuk menyertai program ini.”

“Pada mulanya, saya berasa gugup tetapi sepanjang program ini berlangsung, saya merasakan kehadiran Tuhan yang kuat dan saya didorong untuk tabah, mengenal peribadi dan diri sendiri,” kata Natalia.

Total Comments:0

Name
Email
Comments