Retret Tahunan Katekis Sandakan: Kristus Pengharapan Kita

Retret Tahunan Katekis Sandakan: Kristus Pengharapan Kita

Aug 03, 2018

BUNDU TUHAN: Pusat Retret Bundu Tuhan yang terletak di kaki Gunung Kinabalu, terkenal dengan keindahan semula jadi, menjadi destinasi 167 Katekis dari Keuskupan Sandakan untuk menjalani Retret Tahunan Katekis yang bertema “Kristus Pengharapan Kita” (Ibr 10:23).

“Retret” boleh dimaksudkan sebagai “Homili Tahunan” di mana semua Katekis menenangkan fikiran dan bercuti bersama Tuhan sambil menghayati ajaran dan ciptaan Tuhan. “Katekis” berasal dari bahasa Yunani yang bererti “Encore” yang membawa maksud sebarkan khabar gembira dan membaptiskan mereka dengan nama Yesus.

Father Dr Charles Chiew, penceramah utama dalam retret ini, pada hari pertama, mengalu-alukan kedatangan semua Katekis. Beliau gembira melihat penyertaan dan kesungguhan para Katekis yang mengorbankan masa bagi menghadiri retret ini.

Pada hari kedua, dalam sesi pertama dan kedua, Fr. Charles memberi keterangan mengenai Kitab Injil Mat ius 12: 15-21, “Yesus hamba Tuhan” dan 1 kor 13: 1-13 mengenai “Kasih”.

Profesi kehidupan seorang Katekis adalah mengajar, mewartakan Sabda Tuhan.

Para Katekis hendaknya senantiasa hidup dalam Sabda Tuhan.Semangat hidup itu didorong oleh Rasul Paulus yang berseru: “Celakalah aku, kalau tidak mewartakan Injil” (I Kor. 9:16), para Katekis hendaknya tahu bagaimana memanfaatkan seluruh sarana dan media komunikasi untuk mewartakan Sabda Tuhan.

Pewartaan Sabda Tuhan begitu mendesak karena masih begitu banyak orang belum mengenal Kristus.

Hal itu dicerminkan oleh Paulus apabila dia mengatakan, “Bagaimana mereka dapat percaya akan Dia (Yesus Kristus Tuhan), jika mereka tidak mendengar tentang Dia? Bagaimana mereka mendengar tentang Dia, jika tidak ada yang memberitakanNya?” (Rom. 10:4).

Mewartakan Yesus sebagai Penyelamat harus bermula daripada diri snediri iaitu dengan membuka hati kepada Firman Tuhan yang hidup untuk meresapi minda dan jiwa kita.

Para Katekis juga diseru untuk tetap setia terhadap Sabda Tuhan, tradisi Gereja, untuk menjadi muridmurid Kristus yang sejati dan mengenal kebenaran (bdk. Yoh. 8:31-32).

Dalam hal spiritualiti seorang Katekis, ia harus bersumber pada Katekis ulung dan Sejati iaitu Yesus Kristus. Dialah Guru sejati, Sang Gembala Agung yang mengajar dengan sempurna baik perkataan dan perbuatan kepada umat-Nya.

Semasa sesi perdamaian, ia begitu dihayati sehingga ramai Katekis yang diperbaharui selepas mengakui segala kesilapan, memohon maaf dan kembali ke pangkuan Yesus, Raja Damai.

Pada hari ketiga, Fr. Charles memberi keterangan mengenai petikan yang diambil dari Ibrani 11: 1-7, 1Tim 4: 6-16 dan 1 Ptr 1: 13-16 yang berkaitan dengan “Iman.”

“Iman” adalah kebajikan nilai murni ilahi, olehnya kita percaya kepada Tuhan dan segala sesuatu yang telah disampaikan dan diwahyukan oleh-Nya kepada serta kekudusan Gereja haruslah dipercayai dan dijiwai.”

Retret Tahunan diakhiri dengan majlis persaudaraan. Ramai Katekis yang memeriahkan majlis ini dengan berpakaian tradisi dan berwarna warni. — Euthalia

Total Comments:0

Name
Email
Comments