Riuh rendah bila Paderi tunjuk taring dalam pertandingan memasak

Riuh rendah bila Paderi tunjuk taring dalam pertandingan memasak

May 25, 2018

KENINGAU: Pada 23 April 2018, Sukaneka dan Pertandingan Memasak di kalangan Paderi telah berlangsung dengan meriah di Dataran Keuskupan Keningau.

Kebiasaannya umat melihat Paderi menyampaikan homili dan santapan rohani. Pada kesempatan ini, para Paderi menunjukkan bakat memasak dan umat dapat merasai kelazatan santapan fizikal hasil usaha memasak mereka. Enam orang Paderi sporting yang menyertai pertandingan ini ialah Father Bonaventure, Father Rudolf J, Msgr Gilbertus, Father Giovani dan Father Ronnie Luni.

Kategori yang dipertandingkan adalah kreativiti hidangan, kebersihan, rasa masakan dan keseimbangan makanan yang dimasak. Setiap Paderi perlu menyediakan tiga hidangan untuk diadili.

Fr Rudolf Joannes yang dibantu oleh Diakon David, telah menjuarai pertandingan ini. Mereka telah menyediakan hidangan “Stik Ayam dengan Sos Wain,” “Salad Kepayas dan Udang,”

Tempat kedua disandang oleh Fr Bede dan tempat ketiga dimenangi oleh Fr Ronnie Luni.

Selain Pertandingan Memasak, acara Sukaneka turut diadakan di mana penyertaan terbuka kepada belia, Pelayan Altar serta umat daripada KUK naungan Paroki KSFX.

Staff Paroki KSFX, MPP dan para Sister turut tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam sukaneka ini. Sukaneka dikendalikan oleh Komiti Sukan KSFX.

Kedua-dua acara tersebut merupakan antara pengisian menuju kemuncak Jubli Perak Keuskupan Keningau.

Aktiviti seperti ini jelas dapat menyatukan umat dan memupuk kerjasama antara kumpulan serta memperkenalkan sukan tradisi turuntemurun kepada umat terutamanya kepada generasi muda. Komsos Keningau

Total Comments:0

Name
Email
Comments