Sabah benarkan Gereja dibuka semula

Kabinet Sabah telah memutuskan untuk membenarkan pembukaan semula rumah-rumah ibadat bukan Islam di kawasan zon hijau dan zon kuning dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Jun 20, 2020

KOTA KINABALU: Kabinet Sabah telah memutuskan untuk membenarkan pembukaan semula rumah-rumah ibadat bukan Islam di kawasan zon hijau dan zon kuning dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ini adalah tertakluk kepada pematuhan syarat prosedur operasi standard (SOP) baharu yang telah disediakan oleh Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah.

Menurut Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Jannie Lasimbang, garis panduan pembukaan rumah ibadat adalah seperti berikut:

Rumah ibadat dibenarkan menjalankan upacara ibadat tetapi terhad kepada satu pertiga daripada jumlah penganut  setempat, dan dengan amalan penjarakan sosial sekurangkurangnya 1 meter di antara satu sama lain.

-- Setiap orang yang hadir perlu diperiksa suhu badan, menggunakan penutup muka dan sabun tangan nyah kuman.

-- Para penganut yang tidak dibenarkan menghadiri upacara ibadat di rumah-rumah ibadat adalah penganut berusia 70 tahun ke atas, 12 tahun ke bawah dan penganut yang bergejala seperti batuk, demam, sesak nafas, sakit tekak, selesema serta mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, kanser dan penyakit-penyakit lain.

-- Antara aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan ialah majlis perkahwinan, pengurusan kematian dan majlis makan dan minum yang melibatkan orang ramai dan sebarang aktiviti melibatkan sentuhan.

-- Ahli jawatankuasa, ketua agama, petugas dan penganut dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebiasaan baharu dan disiplinkan diri (self-discipline), dilarang berkumpul di luar rumah ibadat sebelum dan selepas acara ibadat.

Jannie berkata Kementeriannya telah mendapat maklum balas dan mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua agama  Kristian berkaitan pembukaan rumah-rumah ibadat.

Dia berkata pihak gereja berpuas hati dengan hubungan baik dengan kerajaan Sabah yang terjalin sebelum ini dan konsultasi berkenaan SOP pembukaan rumah-rumah ibadat. --disarikan dari pelbagai akhbar tempatan

Total Comments:1

Name
Email
Comments
Linggam bin elang[email protected]
Suguh berpuas hati. Satu cadangan setiap individu hari minggu harus menghormati agama masing2, mohon PDRM pentau individu hari waktu sembayang orang kristen.yg tdk mengindahkn waktu ibadat, supaya ramaja dn orang diwasa menghormati Tuhan.mengilakkan kutukkan Tuhan terhadap dunia dgn kes covid19.