Sahabat kecil Yesus

Pada 31 Ogos ini kita akan merayakan Hari Kebangsaan yang ke-64 dan Hari Malaysia pada 16 September yang ke-58.

Aug 28, 2021

Hello adik-adik,

Pada 31 Ogos ini kita akan merayakan Hari Kebangsaan yang ke-64 dan Hari Malaysia pada 16 September yang ke-58.

Tema Hari Merdeka dan Hari Malaysia ini ialah "Malaysia Prihatin".

Seperti yang adik-adik tahu, kita sekarang berada dalam musim pandemik. Bagaimana kita dapat menjadi seorang warga Malaysia yang prihatin?

Adik-adik, pada hari Merdeka dan Hari Malaysia ini, mari kita bersyukur di atas rahmat damai dan toleransi yang kita nikmati di negara ini. Jangan lupa sertai Misa Kudus Hari Merdeka dan Hari Malaysia dalam talian di paroki adik-adik. Mari menyanyikan lagu Negaraku dan lagu-lagu patriotik sebagai tanda kita menghargai dan menyayangi Malaysia!

Adik-adik, auntie menjemput adik-adik untuk menghantar lukisan, puisi, doa dan ucapan sempena Hari Malaysia. Sila hantar karya adikadik pada atau sebelum 5 SEPT 2021 di alamat e-mail: liza@herald. com.my

Salam Merdeka/Hari Malaysia!
Auntie Melly

Total Comments:0

Name
Email
Comments