Sayangi Malaysia, rentasi perbezaan demi kesejahteraan bersama

Sayangi Malaysia, rentasi perbezaan demi kesejahteraan bersama

Sep 14, 2018

KUALA LUMPUR: Memiliki negara yang mempunyai pentadbiran baik, saksama dan adil adalah tidak mustahil jika kita turut sama bertanggungjawab memupuk semangat perpaduan, kepercayaan, keadilan dan amanah dalam kehidupan seharian kita, demikian kata Uskup Agung Julian Leow yang mewakili para Uskup/Agung sempena Hari Kemerdekaan ke-61 dan Hari Malaysia ke-55.

Dalam pesan itu, para Uskup Agung mengingatkan umat beriman agar sentiasa mengutamakan nilai-nilai murni untuk memupuk perpaduan rakyat dan membina persefahaman yang kuat antara pelbagai kaum dan agama.

Semangat nasionalisme turut ditakrif semula iaitu ia bukan sesekali tentang kezaliman majoriti terhadap minoriti serta tidak menyalah guna sumber negara.

Umat beriman diseru untuk menguasai semula semangat muhibah pertama yang suci dan berasa bangga untuk Negara kita — iaitu semangat kebersamaan dan kebanggaan yang sama dengan bapa-bapa pengasas negara kita ketika mendengar laungan perisytiharan “Merdeka! Merdeka! Merdeka!”

Berikut merupakan mesej penuh Hari Merdeka ke-61 dan sambutan Hari Malaysia ke-55:

Saudara dan Saudari, tema untuk sambutan Hari Kemerdekaan ke-61 dan sambutan Hari Malaysia ke-55 “Sayangi Malaysiaku” kuat bergema dalam degupan jantung setiap rakyat Malaysia. Ia juga menandakan kematangan bagi Negara kita yang telah menyaksikan tsunami pilihan raya yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan yang paling penting, peralihan kuasa yang aman pada 9 Mei 2018.

Kita mempersembahkan pujian dan syukur kepada Tuhan kerana memberkati negara kita yang tercinta dengan harapan yang baharu. Namun, usaha untuk membangun Negara bukanlah terletak pada ahliahli politik sahaja sebaliknya semua rakyat.

Peranan kita dalam membangun negara.
Kewajipan moral kita tidak berakhir setelah mengundi. Malah, ia hanya permulaan. Banyak yang perlu dilakukan sekarang bagi meletakkan Negara kita kembali ke jalan kebersamaan kebangsaan, yang mempunyai pentadbiran yang baik, saksama dan adil bukan lagi sekadar slogan semata-mata tetapi menjadi dasar kehidupan seharian. Ini tidak mustahil jika kita sebagai rakyat yang setia dan bertanggungjawab memikul tanggungjawab untuk memupuk semangat perpaduan, kepercayaan, keadilan dan amanah dalam kehidupan seharian kita.

Kita harus mencari kekuatan untuk bertindak bersumberkan iman kita di mana kesopanan dan saling menghormati berakar kuat dalam kitab suci, dalam doa kita dan melalui teladan para Santo kita. Di atas dasar iman ini, kita mesti menunjukkan keprihatinan kita antara satu sama lain tanpa mengira kepercayaan atau bangsa khususnya mereka yang lemah, yang didiskriminasi dan yang terpinggir dalam masyarakat.

Setiap pilihan yang kita buat, harus membawa kita untuk lebih dekat dan memihak kepada kebaikan bersama dan memelihara Malaysia dalam semua kepelbagaian, kepercayaan, kemajmukan dan keunikannya. Kerana jika kita menganggap Malaysia sebagai rumah yang dikongsi bersama, kita harus belajar untuk menghargai satu sama lain dan belajar daripada satu sama lain. Kita harus menghindari pilihan yang hanya bertujuan untuk kepentingan tertentu dan peribadi yang akhirnya merosakkan rohani kita, merosakkan fabrik sosial, hubungan kaum dan persekitaran kita:

“TUHANlah yang memberikan hikmat. Pengetahuan dan pengertian berasal daripada- Nya. Dia memberikan pertolongan dan perlindungan kepada orang yang tulus hati dan jujur. Dia melindungi orang yang berlaku adil dan mengawal orang yang setia kepada-Nya.” (Amsal 2: 6-8).

Mentakrifkan Semula Nasionalisme
Nasionalisme bukan tentang bersepakat atau menyesuaikan diri dengan naratif yang dominan pada ketika itu. Ia bukan sesekali tentang kezaliman majoriti terhadap minoriti. Ia tidak pernah menyalahgunakan sumber Negara untuk meminggirkan orang lain.

Mungkin kita sepatutnya kembali kepada kata-kata bapa pengasas negara kita Tunku Abdul Rahman Putra, dalam Pemasyhuran Kemerdekaan di mana beliau berkata bahawa Negara kita: “akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.”

Mungkin, tepat pada masanya untuk kita renungi, menyokong dan bertindak atas prinsip-prinsip kenegaraan yang pada waktunya, untuk mematahkan Nasionalisme yang dangkal dan egois yang diindoktrinasi kepada kita pada masa lalu.

Membina Jambatan
Kemajuan Malaysia sebagai Negara harus memasukkan pemupukan nilai-nilai penting yang bersifat bersepadu kepada keharmonian dan perpaduan rakyatnya. Ini diterjemahkan untuk membina ikatan pemahaman dan perpaduan yang kuat antara pelbagai kaum dan agama. Oleh itu, memastikan layanan sama adil dan menjaga semua orang menjadi asas kepada masyarakat kita.

Kita adalah rakyat Malaysia. Persahabatan yang kita bina merentasi sempadan sosial kita, melangkaui zon selamat kita dan melangkaui perpecahan kaum dan agama elemen yang menjadikan Malaysia negara seperti yang dicitacitakan. Dengan Tuhan sebagai pembimbing yang maha pengasih, semoga cita-cita kita untuk tetangga kita semakin bertambah dan semoga kita terus meraikan kepelbagaian negara ini — iaitu milik kita bersama. Malaysia memerlukan setiap kita untuk meneruskan membina kerja-kerja yang baik pada masa lalu. Sedikit demi sedikit dengan kasih, kita harus memastikan keberadaan masyarakat yang adil, sebagai benteng terhadap sebarang ribut masa depan.

Marilah kita menguasai dan mengekalkan semula semangat muhibah pertama yang suci dan berasa bangga untuk Negara kita — iaitu semangat kebersamaan dan kebanggaan yang sama dengan bapabapa pengasas negara kita ketika mendengar laungan perisytiharan “Merdeka! Merdeka! Merdeka!”

Pada hari ini, marilah kita sebagai Malaysia yang bersatu, dengan bangga mengisytiharkan bahawa kita “Sayangi Malaysiaku.”

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDERKA DAN HARI MALAYSIA!

Salam Kasih Dalam Kristus,

Uskup Agung Julian Leow Beng Kim,
Uskup Agung Kuala Lumpur Presiden,
Konferensi para Uskup Malaysia bagi pihak:

Yang Mulia Reverend Simon Poh,
Uskup Agung Kuching

Yang Mulia John Wong,
Uskup Agung Kota Kinabalu

Rt Reverend Bernard Paul,
Uskup Melaka-Johor

Rt Reverend Datuk Cornelius Piong,
Uskup Keningau

Rt Reverend Datuk Julius Dusin Gitom,
Uskup Sandakan

Rt Reverend Richard Ng,
Uskup Miri

Rt Reverend Joseph Hii,
Uskup Sibu

Total Comments:0

Name
Email
Comments