Semangat Assisi tekun disebarkan untuk keamanan dunia

“Spirit of Assisi” atau Semangat Assisi — frasa yang membuatkan ramai orang mengejeknya sebagai sebuah pertemuan yang membabi buta, berhaluan kiri serta menyerah diri kepada kepada sinkretisme agama — kini kembali sepenuhnya menjadi satu ikutan dalam Gereja Katolik.

Sep 30, 2016

ROMA: “Spirit of Assisi” atau Semangat Assisi — frasa yang membuatkan ramai orang mengejeknya sebagai sebuah pertemuan yang membabi buta, berhaluan kiri serta menyerah diri kepada kepada sinkretisme agama — kini kembali sepenuhnya menjadi satu ikutan dalam Gereja Katolik.

Kita boleh memberikan banyak pujian kepada Paus Fransiskus untuk itu, terutamanya selepas perhimpunan beberapa minggu lalu yang berlokasi di kampung halaman Sto Fransiskus di mana beratus-ratus pemimpin dari semua agama, berhimpun untuk berdoa bagi keamanan dan mengatakan “tidak” kepada peperangan, konflik dan keganasan atas nama agama.

Sokongan tidak berbelah bahagi daripada Sri Paus yang berusia 79 tahun itu untuk projek "Spirit of Assisi", di mana beliau juga yang telah berusaha untuk menghidupkan sejarah 1986 yang dimulakan oleh Yohanes Paulus II bagi menyatukan semua agama di dunia dalam usaha untuk keamanan — sebuah usaha yang amat diperlukan dalam dunia yang penuh pergolakan pada masa kini.

Sudah tentu, pujian dan penghargaan harus diberikan kepada komuniti Sant’ Egidio yang berjuang meneruskan inisiatif asal demi keamanan.

Komuniti Sant’ Egidio adalah pergerakan yang berasaskan kaum awam Roma, yang berani memanggil para pemimpin berlainan agama pada setiap tahun, di sebuah tempat yang ditetapkan di seluruh dunia bagi mengulangi peristiwa 1986.

Dan mereka tetap melakukannya usaha murni ini di tengahtengah isu kontroversi yang dicetuskan oleh Katolik tradisionalis (termasuk beberapa pegawai doktrin di Vatikan).

Kontroversi muncul apabila mendiang Sri Paus dari Poland begitu berani berdoa bersama bukan Kristian tiga puluh tahun dahulu untuk keamanan dunia.

Melakukan perkara yang sama, Paus Benediktus XVI juga telah ke Assisi lima tahun lalu untuk memperingati ulang tahun ke-25 Pertemuan Doa.

Prelatus itu telah menggunakan peluang tersebut sebagai mempertahankan hak mengamalkan agama dalam masyarakat dan mengetepikan perbezaan agama dan memanjatkan doa bersamasama dengan para pemimpin antara agama untuk keamanan.

Pada 20 September lalu, Paus Fransikus dan kira-kira 500 orang lain menandatangani Rayuan baru untuk Keamanan itu, “dengan keazaman yang teguh,” mereka “menegaskan bahawa keganasan dan peperangan adalah bertentangan dengan semangat agama yang sejati.”

“Semoga musim baru bermula di mana dunia globalisasi boleh menjadi satu bangsa. Semoga kita menjalankan tanggungjawab kita membina keamanan sejati, prihatin kepada keperluan sebenar individu dan bangsa-bangsa, yang mampu mencegah konflik melalui kerjasama yang menembusi kebencian dan mengatasi halangan melalui pertemuan dan dialog,” ujar mereka dalam perjuangan keamanan.

Mereka membuat kesimpulan dengan kata-kata ini: “Tidak ada yang hilang apabila kita mengadakan dialog. Tiada apa yang mustahil jika kita kembali kepada Tuhan dalam doa.

Semua orang boleh menjadi agen keamanan. Melalui perhimpunan ini di Assisi, kami komited memperbaharui azam kami untuk menjadi pekerja-pekerja itu, dengan pertolongan Tuhan, bersama-sama dengan semua lelaki dan wanita yang baik hati.”--Catholic Resources

Total Comments:0

Name
Email
Comments