Seminar Ajaran Sosial Gereja di St Catherine

Komiti Pembangunan Insan Paroki St Catherine menganjurkan seminar sehari ajaran sosial Gereja, baru-baru ini.

Aug 05, 2017

INANAM: Komiti Pembangunan Insan Paroki St Catherine menganjurkan seminar sehari ajaran sosial Gereja, baru-baru ini.

Seminar ini dikendalikan oleh Fr Stanley Anthony dari Kolej General, Pulau Pinang. Lebih 250 pewserta termasuk ahli-ahli MPP, Katekis, pelayan Komuni dan pemimpin-pemimpin awam dari Gereja Good Shepherd Menggatal dan Holy Family menyertai seminar ini.

Paderi Paroki, Fr David Sham dalam ucapan pembukaannya menekankan pewartaan dan menghidupkan Sabda Tuhan bukan setakat pada Misa hari Minggu tetapi dalam kehidupan sehari-hari.

“Tidak ada gunanya bersikap sebagai ‘Orang Kristian yang baik’ tetapi hanya pada Misa hari Minggu sahaja.

“Tugas kita sebagai umat Kristus melangkaui kawasan Gereja,” tegas Fr David seraya mengatakan bahawa seminar Ajaran Sosial Gereja diadakan bagi menyedarkan umat tentang prinsip umum penyertaan Gereja dalam masyarakat dan prinsip keadilan sosial yang berkait rapat dengan kesejahteraan sosial.

Fr Anthony dalam sesisesinya membuka mata para peserta bahawa setiap umat mempunyai tanggungjawab dalam mengekalkan keadilan, kesaksamaan dan kesejahteraan umum dalam masyarakat serta sentiasa berpihak kepada kaum miskin.

Seminar ini diakhiri dengan Misa Kudus yang dipimpin oleh Fr Anthony.

Total Comments:0

Name
Email
Comments