Seminar Alkitab di HRL ajak umat menggema Firman Tuhan

Komiti Kerasulan Alkitab Paroki Holy Rosary Limbahau telah mengan- jurkan Seminar Alkitab pada 6-7 Sept di dewan Fr. Agustine Amandus. Seminar ini di

Oct 05, 2019

HOLY ROSARY LIMBAHAU: Komiti Kerasulan Alkitab Paroki Holy Rosary Limbahau telah mengan- jurkan Seminar Alkitab pada 6-7 Sept di dewan Fr. Agustine Amandus. Seminar ini dikendalikan oleh Father Dr Charles Chiew dari Keuskupan Keningau.

Fr Dr Charles memiliki Ijazah Master dalam Perkahwinan dan Keluarga dari Istitut Kepausan Teologi Yohanes Paulus II serta Ijazah PhD dalam  Pastoral Psychology and pakar dalam Pastoral Counsellingdan Spiritual Care.

Komiti Kerasulan Alkitab HRL amat berbesar hati dengan kesudian Fr Charles yang sanggup datang mem- berikan sesi meskipun baru sahaja selesai mengikuti Retret Para Paderi di Bundu Tuhan.

Seminar yang buat pertama kalinya dianjurkan di HRL  mendapat sambu- tan yang sungguh memberangsangkan apabila menerima seramai 460 orang peserta. Ia dimulakan dengan upacara Pentakhtaan Alkitab.

Antara objektif seminar ini adalah untuk belajar bagaimana menjawab atau menangkis soalan-soalan pro- vokatif yang sering diajukan kepada pelajar Kristian mahupun mahupun umat Kristian Katolik dan peneguhan iman sebagai seorang Katolik melalui Alkitab.

Sdri Clarice John selaku Pengerusi Penganjur Seminar Alkitab dan juga ko-ordinator Komiti Kerasulan Alkitab HRL, berharap agar semua peserta mendapat ilmu yang kukuh dalam mengharungi cabaran dunia luar terutama berhadapan dengan cabaran pengislaman yang berleluasa sekaligus mengukuhkan iman sebagai seorang Katolik melalui penggunaan Alkitab setiap hari.

Seminar ini juga dimeriahkan den- gan perayaan hari ulang tahun Fr. Dr. Charles dengan nyanyian lagu hari jadi dan upacara pemotongan kek. Terdapat juga sesi soal jawab berlang- sung selama sejam dengan para umat yang begitu aktif mengajukan pelba- gai pertanyaan kepada Fr.Dr. Charles. Seminar berakhir pada 7 Sept, dengan doa penutup oleh Fr Dr. Charles. — Evangelisa 

Total Comments:0

Name
Email
Comments