Seminar panggilan religius pertama dalam talian

Pandemik Covid-19 menyebabkan dunia hampir terhenti di mana banyak aktiviti tidak dibenarkan, terutamanya yang melibatkan perhimpunan besar.

Jul 16, 2021

KOTA KINABALU: Pandemik Covid-19 menyebabkan dunia hampir terhenti di mana banyak aktiviti tidak dibenarkan, terutamanya yang melibatkan perhimpunan besar.

Ketika keadaan tidak menentu terus berlanjutan, penganjur Seminar Kesedaran Religius tahunan mula berbincang bagaimana meneruskan seminar ini. Mesyuarat untuk perancangan menganjurkan seminar diadakan melalui Zoom dan akhirnya, Seminar Religius Maya menjadi kenyataan pada 4-6 Jun lalu.

Seminar yang diadakan melalui Zoom mendapat penyertaan seramai 160 orang namun hanya 100 yang berjaya masuk dalam seminar tiga hari itu.

Dengan tema, “Sto Yosef , Impian Panggilan” mencabar anak muda untuk berani bermimpi akan panggilan dan bertindak balas seperti Sto Yosef.

Seminar maya yang dianjurkan oleh Tim Promosi Panggilan Religius Keuskupan Agung Kota Kinabalu (KKRVPT), menyaksikan ramai religius dari Malaysia, Singapura dan Filipina bergabung. Lebih 40 religius, termasuk prelatus Kota Kinabalu, Uskup Agung John Wong mengikuti sesi dari hari pertama.

Dua orang penceramah undangan,Bro Dominic Yeo-Koh (SG) dan Friar Robin Toha (OFM) berasal dari Singapura, sementara seorang penceramah lain, Fr Roberto Dalusung (P.Sch) berasal dari Filipina. Manakala sokongan teknikal dikendalikan oleh Franciscan Friars di Singapura.

Golongan muda yang menyertai Seminar Kesedaran Panggilan Religius maya yang pertama kali diadakan berasal dari seluruh Malaysia. Namun, kebanyakan mereka berasal dari Sabah.

Acara tempatan yang pernah diadakan di Keuskupan Agung Kota Kinabalu menjadi antarabangsa. Ia menjadi Seminar Kesedaran Religius Tanpa Batas seperti yang dikatakan oleh ketua penganjur, Bro Thomas Paul (SG).

Kemuncak program ini ialah ‘Forum’ yang menarik di mana para anggota panel ditanya pelbagai soalan berkaitan dengan kehidupan kebaktian mereka.

Uskup Agung John Wong memimpin Misa Penutup (melalui Zoom) dan dalam ucapan penutupnya, prelatus itu mendorong para peserta untuk berani menyahut panggilan mereka. Katanya, panggilan yang mereka pilih mungkin tidak lancar tetapi dengan keberanian, mereka akan bertahan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan penganjur kerana mengadakan seminar maya dan memuji pasukan itu kerana mencari cara alternatif dalam menyebarkan benih panggilan. Lagu ‘Selamat Hari Jadi’ turut dinyanyikan pada akhir Misa untuk Uskup Agung John Wong sempena hari lahirnya.

Dari maklum balas, tim penganjur mendapat reaksi positif dari para peserta. Tidak lupa diberi penghargaan kepada Sr Susan Thomas (FMM) yang hadir semasa seminar itu. Beliau merupakan ketua Konferensi Superior Major Religius bagi Malaysia-Singapura (CRMS).

Bro Thomas dalam ucapan penutupnya mengucapkan terima kasih kepada tim, khususnya Friar Aiden Peter dan para Friar Fransiskan, atas bantuan teknikal mereka dalam memastikan kelancaran seminar. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Uskup Agung kerana meluangkan masa dan kepada semua penceramah atas input mereka yang bermanfaat.

Sebuah video singkat telah dihasilkan untuk memberi penerangan kepada para peserta mengenai Kerohanian dan Karisma beberapa Ordo dan Kongregasi Religius di Malaysia, Singapura dan Filipina, yang dapat dilihat di YouTube https://www.youtube.com/ watch?v=_ck2yXFmTAo

Sesi selama tiga hari itu juga dapat ditonton di Saluran YouTube di bawah Virtual Religious Vocation Awareness Seminar

Total Comments:0

Name
Email
Comments