Setelah 400 orang paderi, religius mangsa COVID-19, Gereja seru umat segera terima vaksin

Para imam dan religius Katolik di Goa, India, menunggu giliran untuk vaksinasi sebagai sebahagian usaha mereka untuk menyedarkan orang ramai bahawa tidak ada yang perlu ditakutkan untuk menerima vaksin COVID-19.

Jul 03, 2021

GOA: Para imam dan religius Katolik di Goa, India, menunggu giliran  untuk vaksinasi sebagai sebahagian  usaha mereka untuk menyedarkan  orang ramai bahawa tidak ada yang  perlu ditakutkan untuk menerima vaksin COVID-19. 

“Gereja tidak menentang vaksin.  Iman dan sains selalu berjalan bersama,” kata Father Eugene D’Silva,  rektor seminari Redemptoris di  Varca, dalam sebuah wawancara  dengan Matters India.

“Saya menerima vaksin semasa  diumumkan vaksin itu tersedia untuk kumpulan usia di bawah 60 tahun,” kata imam itu.

Pastor Simon D’Meelo, seorang  pengetua sekolah, mengatakan  “Tuhan sendiri telah memberi kita  vaksin untuk perlindungan, dan Dia  harus melakukan ini melalui manusia.”

“Jika manusia menunggu Tuhan,  Dia sudah memberi tahu mereka  bahawa vaksinnya ada di sini,  untuk melindungi mereka,” kata  imam itu.

Hingga akhir Mei, lebih 400  orang paderi dan religius telah  meninggal dunia di India kerana  COVID-19. Jumlah ini boleh menjadi lebih tinggi kerana beberapa mangsa tidak dilaporkan. 

Di antara mereka yang meninggal akibat virus conona adalah  Uskup Agung Pondicherry-Cuddalore, Msgr Antony Anandarayar,  Uskup Jhabua, Msgr Basil Bhuriya  dan Uskup Emeritus Joseph Pastor  Neelankavil dari Sagar dari ritus  Siro-Malabar.

Sebahagian besar dari mereka  yang meninggal dijangkiti viruscorona kerana pekerjaan mereka di kalangan komuniti yang mempunyai kes positif COVID-19. 

India telah melaporkan lebih dari  30 juta kes COVID-19 sejak awal  pandemik tahun lalu.

Menurut data kerajaan, terdapat  50,848 infeksi yang tercatat dalam  tempoh 24 jam pada 23 Jun, sehingga mencapai jumlah keseluruhan menjadi 30,02 juta. Manakala  jumlah kematian harian yang dilaporkan adalah 1,358. India mengalami gelombang  pandemik kedua yang lebih menghancurkan dengan catatan kes virus  corona yang melonjak antara Februari dan awal Mei. — LiCASNews

Total Comments:0

Name
Email
Comments