Siapa ke Neraka dan siapa yang ke Syurga?

Neraka tidak pernah menjadi kejutan tidak menyenangkan bagi orang yang pada dasarnya gembira. Bagi mereka yang tidak gembira, orang yang suka marah-marah, neraka tidak semestinya destinasi terakhir orang itu.

May 18, 2019

Neraka tidak pernah menjadi kejutan tidak menyenangkan bagi orang yang pada dasarnya gembira. Bagi mereka yang tidak gembira, orang yang suka marah-marah, neraka tidak semestinya destinasi terakhir orang itu.

Bolehkah seorang yang bahagia, mesra pergi ke neraka? Bolehkah seorang yang tidak berpuas hati dan berdendam pergi ke syurga? Itu semua bergantung kepada bagaimana kita memahami neraka dan bagaimana kita membaca hati manusia.

Seseorang yang berjuang dengan jujur untuk bahagia tidak boleh pergi ke neraka kerana neraka adalah antitesis perjuangan yang jujur untuk menjadi bahagia. Neraka, menurut Sri Paus Fransiskus, ialah "mahu jauh dari cinta Tuhan."

Sesiapa yang ikhlas mahu cinta dan kebahagiaan tidak akan pernah dikutuk untuk kekal diasingkan, kekosongan, kepahitan, kemarahan, dan kebencian (yang merupakan gambaran-gambaran api neraka) kerana neraka adalah bagi mereka yang tidak mahu berada di syurga.

Oleh itu, tidak ada seorang pun di dalam neraka yang sungguhsungguh merindukan peluang lain untuk memperbaiki sesuatu agar dapat pergi ke syurga.

Jika ada orang di neraka, ia adalah kerana orang itu benarbenar menjauhkan diri daripada cinta. Tetapi bolehkah seseorang itu benar-benar ingin jauh dari cinta Tuhan dan dari cinta manusia? Jawapannya adalah rumit kerana kita kompleks: Apa ertinya menginginkan sesuatu? Bolehkah kita menginginkan sesuatu dan tidak mahu semuanya pada masa yang sama? Ya, kerana terdapat tahap yang berbeza untuk jiwa manusia dan akibatnya keinginan yang sama dapat bertentangan dengan sendirinya.

Kita boleh menginginkan sesuatu dan tidak mahu semuanya pada masa yang sama. Itulah pengalaman biasa. Sebagai contoh, seorang anak muda yang baru didisiplinkan oleh ibunya.

Pada masa itu, kanak-kanak itu boleh membenci ibunya, tetapi pada masa yang lain, apa yang sangat dimahukannya adalah sebenarnya pelukan ibunya. Tetapi sebelum rajuk dan marahnya berakhir, dia mahu berada jauh dari ibunya, walaupun kehendaknya yang paling mendalam adalah dakapan ibunya. Kita tahu perasaan itu.

Kebencian, seperti yang kita ketahui, bukan bertentangan tetapi hanya satu modaliti kesedihan cinta dan dinamika seperti ini selalunya berlaku dalam hubungan yang kuat, kompleks, dan paradoks, di mana berjuta-juta kita, mengalaminya dalam perhubungan kita dengan Tuhan, satu sama lain , dan dengan cinta itu sendiri.

Kelukaan kita kebanyakannya bukan berpunca daripada kesalahan kita sendiri tetapi kerana hasil penyalahgunaan, pelanggaran, pengkhianatan, atau kecuaian traumatik dalam lingkaran cinta. Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang kita untuk melakukan perkara-perkara lucu.

Apabila kita terluka akibat cinta, seperti kanak-kanak yang dimarahi, yang merajuk dan menjauhkan diri daripada ibunya, untuk seketika, kita boleh atau mungkin seumur hidup, tidak mahu syurga kerana kita merasakan bahawa kita telah dilayan dengan tidak adil. Adalah semulajadi bagi ramai orang yang ingin menjadi jauh dari Tuhan.

Kanak-kanak yang dibuli di taman permainan yang mengenal pasti pembuli-pembulinya dengan lingkaran “orang yang diterima” akan memahami untuk menjauhi orang-orang seperti itu - atau mungkin juga akan melakukan keganasan seperti itu.

Bagaimanapun, ini berkenaan satu tahap pada jiwa. Pada tahap yang lebih mendalam, kerinduan akhir kita masih berada di dalam lingkaran cinta yang mana pada saat itu, kelihatan membenci, benci kerana kita merasakan kita diasingkan dengan tidak adil, atau dianiaya sehingga kita tidak mahu menjadi sebahagian atau mahu menjauhkan diri.

Oleh itu seseorang boleh menjadi jiwa yang sangat jujur, tetapi kerana luka yang mendalam dalam jiwanya, dia menjalani hidup dan mati ingin jauh daripada apa yang dilihatnya sebagai Tuhan, cinta, dan syurga. Tetapi kita mungkin tidak dapat membuat penilaian yang mudah di sini.

Kita perlu membezakan pada masa-masa tertentu, apa yang kita mahu secara eksplisit dan pada masa yang sama, kita secara implisit (benar-benar) mahukan. Apa yang kita mahu dan kemahuan implisit adalah tidak sama. Anak yang ditegur itu seolah-olah mahu menjarakkan diri daripada ibunya, walaupun pada peringkat lain dia sangat mahukannya.

Ramai orang mahu menjauhkan diri daripada Tuhan dan gereja, walaupun pada peringkat lain mereka tidak. Tetapi Tuhan membaca hati, mengenali ketidakpercayaan yang bersembunyi di dalam sebuah rajuk atau kecil hati, dan menghakimi dengan sewajarnya. Itulah sebabnya kita tidak sepatutnya cepat mengatakan "neraka" adalah tempat bagi mereka yang kelihatan mahu menjarakkan diri daripada cinta, iman, gereja, dan Tuhan.

Cinta Tuhan boleh merangkumi, berempati, mencairkan, dan menyembuhkan kebencian itu. Cinta kita juga perlu.

Harapan Kristian mengajak kita untuk percaya bahawa apa yang bertentangan dengan perasaan semula jadi dan emosi serta salah satu daripada ini ialah cinta Tuhan yang sangat berkuasa, sama seperti yang Yesus lakukan pada kematian- Nya, Dia boleh turun ke neraka dan menghembuskan cinta serta pengampunan kepada mereka yang terluka dan keras hatinya. Harapan meminta kita untuk percaya bahaya kemuliaan akhir cinta Tuhan akan mempertobatkan Lucifer, agar dia kembali ke syurga dan neraka tidak berpenghuni.

Adakah ini sekadar khayalan? Tidak. Itulah harapan Kristian; itulah yang dipercayai orang ramai orang kudus kita.

Ya, neraka memang wujud, dan dengan kebebasan yang diberikan kepada manusia, selalu ada kemungkinan radikal bagi semua orang; tetapi, dalam perhubungan dengan Tuhan, neraka atau syurga ada kalanya kosong sepenuhnya. -- Hakcipta Terpelihara 1999-2019 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments