Siapakah yang dikatakan Anak Domba Tuhan itu?

Pertama, gambaran anak domba seringkali dipakai dalam Perjanjian Lama, kerana sifatsifat anak domba yang polos, lembut, sederhana, manis (bdk. Mat 11:29; 2 Kor 10:1) juga kerana sikapnya yang bergantung pada gembala (Mzm 23; 100:3; Yes 40:11).

Jul 03, 2021

Soalan: Ketika Yohanes Pembaptis menunjuk Yesus sebagai Anak Domba Tuhan gambaran anak domba mana yang dimaksudkan Yohanes Pembaptis? Apa ertinya? Apakah gambaran Anak Domba ini juga merujuk pada Anak Domba yang dikatakan dalam kitab Wahyu? — Cecilia

Jawaban: Pertama, gambaran anak domba seringkali dipakai dalam Perjanjian Lama, kerana sifatsifat anak domba yang polos, lembut, sederhana, manis (bdk. Mat 11:29; 2 Kor 10:1) juga kerana sikapnya yang bergantung pada gembala (Mzm 23; 100:3; Yes 40:11).

Anak domba juga banyak dipakai sebagai bahan korban (bdk. Kej 22:7-8; 29:38-41; Bil 28:1-8; Im 14:10-32) untuk dipersembahkan kepada Tuhan. Anak domba juga digunakan untuk pesta Paskah (Im 23:12; Bil 28:19) dan Pesta Pentakosta (Im 23:18-21; Bil 28:27; 29:2). Pada setiap kesempatan besar, anak domba merupakan bahan upacara korban (1 Taw 29:21; 2 Taw 29:21-22).

Kedua, penggunaan anak domba sebagai korban berkait erat dengan sejarah pembebasan Israel, iaitu pengorbanan anak domba Paskah (Kel 12). Kata “pascha” (Ibr) membawa maksud baik pestanya mahupun anak domba korban (bdk. Mrk 14:12; Luk 22:7-11; Yoh 18:28).

Anak Domba Paskah inilah gambaran yang dirujuk oleh Yohanes Pemandi ketika menunjukkan Yesus kepada murid-murid-Nya. Yohanes menegaskan identiti Yesus sebagai Anak Domba seperti yang  digambarkan dalam Kel 12. Penunjukan Yesus  secara langsung dan tegas sebagai Anak Domba  Paskah dapat ditemukan pada 1 Kor 5:7, “Sebab  Anak Domba Paskah kita juga telah disembelih,  iaitu Kristus.”

Ketiga, sesuai dengan konteks Kel 12, Anak  Domba merupakan simbol pembebasan yang  dilakukan Tuhan bagi bangsa terpilih. Penunjukan  Yesus sebagai Anak Domba hendak mengatakan  bahawa Dia-lah yang akan membawa pembebasan. 

Pembebasan kali ini bukan dari penjajahan tetapi  pembebasan dari penindasan dosa, seperti dikatakan  oleh Yohanes, “Lihatlah Anak Domba Tuhan yang  menghapus dosa dunia” (Yoh 1:29).

Perlu diperhatikan bahawa Anak Domba bukan  hanya bertindak sebagai Pembebas, tetapi Dia  jugalah yang menjadi korban yang disembelih.  Darah Anak Domba itulah yang dioles pada jenang  pintu sebagai tanda keselamatan seluruh bangsa  (Kel 12).

Pada peristiwa Kalvari, darah Yesus Sang Anak  Domba Tuhan itulah yang dialirkan di salib dan  menjadi tanda keselamatan bagi seluruh umat  manusia.,Inilah simbol yang ditampilkan secara sangat jelas oleh Injil Yohanes, iaitu Yesus adalah Anak  Domba Tuhan yang dipersembahkan sebagai pembebasan dosa, seperti halnya Anak Domba Paskah  (Yoh 18:28; 19:14). 

Yesus adalah korban yang sempurna untuk silih  dan pembebasan dosa sehingga korban-korban lain  menjadi tidak bererti lagi. Injil Sinoptik mengaitkan  pengorbanan Yesus ini dengan korban Hamba  Yahweh. Hamba itu dilukiskan sebagai domba (Yes  53:7).

Keempat, gambaran Anak Domba dalam kitab  Wahyu berbeza dengan gambaran di atas, tetapi  melengkapi. Sulit dipastikan apakah Yohanes  Pembaptis juga memiliki konsep Anak Domba seperti yang ada dalam kitab Wahyu.

Dalam kitab Wahyu ditegaskan sifat-sifat lain dari  Anak Domba iaitu memurnikan jubah menjadi putih  (7:14), menghantar ke sumber kehidupan (7:17).  Anak Domba adalah panutan dan contoh (14:4), dan Anak Domba berkuasa dan berkekuatan yang disimbolkan oleh tujuh tanduk dan tujuh mata (5:6).  Anak Domba itu juga berwibawa. Buku kehidupan  adalah milik-Nya (13:8; 21:27). Anak Domba adalah pemenang.

Mereka yang memberontak kepada- Nya akan  dihancurkan (14:10; 17:14). Dia-lah penguasa sejarah dan hanya Dia-lah yang mampu membuka buku  kehidupan (6:1). Dia merupakan tumpuan nasib  semua orang. 

Anak Domba itu disembah dan dipuja (5:12-16).  Para penatua dan mereka yang diselamatkan memuji-Nya (5:8; 7:9). Di masa depan tiada lagi kenisah  di Yerusalem. Tuhan dan Sang Anak Domba merupakan kenisah (21:22). Sang Anak Domba adalah  terang-Nya (21:29). Ia mengambil bahagian dalam  kemuliaan Tuhan. — Fr Petrus Maria Handoko  CM, Hidupkatolik.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments