Sri Paus dorong jurnalis selalu beritakan kebenaran

Sri Paus Fransiskus mengunjungi stesen Radio Takhta Suci iaitu Radio Vatikan, dan surat khabar harian Vatikan, L’Osservatore Romano pada 24 Mei lalu.

May 29, 2021

ROMA: Sri Paus Fransiskus mengunjungi stesen Radio Takhta Suci  iaitu Radio Vatikan, dan surat khabar  harian Vatikan, L’Osservatore Romano pada 24 Mei lalu. 

Kunjungan itu bersempena ulang  tahun kesembilan Radio Vatikan dan  ulang tahun ke-160, L’Osservatore  Romano. Ini adalah kunjungan pertama Sri Paus Fransiskus ke radio  itu.

Radio Vatikan dan L’Osservatore  Romano adalah sebahagian dari Dikasteri Komunikasi Takhta Suci. 

Dikasteri itu juga memiliki Pusat  Televisyen Vatikan, Rumah Penerbitan Vatikan, Pejabat Akhbar Takhta  Suci, Layanan Fotografi, Layanan  Internet Vatikan dan Percetakan Vatikan.

Dalam kunjungan selama satu jam  itu, Sri Paus, yang diiringi Prefek  Dikasteri Komunikasi Paolo Ruffini  bertemu para wartawan Radio Vatikan, dan kakitangan lain.  Dalam kunjungan ke pejabat  L’Osservatore Romano, Sri Paus  bertemu beberapa jurnalis akhbar  tersebut. 

Bapa Suci juga dipersembahkan  beberapa edisi harian akhbar tersebut dalam pelbagai bahasa. Prelatus  itu juga ke pejabat multimedia Radio Vatikan. 

Sangti Papa kemudiannya ke  chapel dan menghabiskan beberapa  saat dalam doa. 

Uskup Roma itu turut meluangkan waktu untuk “siaran langsung”  di “Radio Vaticana Italia” dan berbual singkat dengan beberapa jurnalis tentang menjangkau sebanyak  mungkin pendengar dan pembaca.  — media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments