Sri Paus kunjungi pusat latihan Islam, migran di Morocco

Pemimpin Gereja Katolik, Paus Fransiskus memenuhi undangan raja Mohammed VI untuk berkunjung ke Marocco pada 30 Mac lalu.

Apr 05, 2019

RABAT, Marocco: Pemimpin Gereja Katolik, Paus Fransiskus memenuhi undangan raja Mohammed VI untuk berkunjung ke Marocco pada 30 Mac lalu.

Ketibaan Sri Paus di kota Rabat, disambut disambut raja Mohammed VI. Meskipun hujan, namun suasana sambutan untuk Bapa Suci sangat meriah dan penuh sesak.

Pihak berkuasa Marocco menjelaskan, Raja Mohammed VI mengundang Paus Fransiskus sebagai sebahagaian dari usaha membangun dialog antara agama.

Marocco merupakan negara yang 99 peratus umatnya beragama Islam. Sekalipun agama Islam mendasari pemerintahan, namun perlembagaan Marocco menjamin kebebasan semua agama untuk menjalankan ibadah atau kepercayaan masing-masing.

Selepas pertemuan peribadi, Sri Paus Fransiskus dan raja Mohammed VI melawat sebuah pusat pendidikan Islam yang didirikan oleh raja, yang melatih para imam, pengkhutbah lelaki dan wanita Islam untuk melawan keganasan.

Di pusat itu, baik Sri Paus mahupun raja Mohammed tidak berucap, sebaliknya mendengar beberapa perkongsian daripada pelajar di institusi tersebut.

Aboubakr Hmaidouch, seorang pelajar dari Perancis mengatakan serangan teroris yang berlaku di negaranya telah mendorong pemuda 25 tahun itu untuk mendalami agama Islam dengan lebih serius.

Beliau mengatakan bahawa latihan di institusi itu diinspirasikan dari doktrin yang mengambil kira kehidupan praktikal dan budaya serta menerima kemajmukan, dogma yang berasaskan moderat dan dari segi kerohanian, mementingkan kesatuan dengan Tuhan dan makhluk ciptaan-Nya melalui ikatan kasih sayang.

Sebelum Paus Fransiskus, Paus Yohanes Paulus II merupakan pemimpin tertinggi umat Katolik yang pertama berkunjung ke Marocco pada tahun 1985.

Pada hari kedua kunjungannya, Sri Paus Fransiskus bertemu dengan lebih 33 ribu umat Katolik yang tinggal di Marocco. Sebahagian besar daripada mereka merupakan mahasiswa dari Afrika yang di beberapa universiti Marocco.

Selain itu, mereka merupakan imigran dari sub-sahara Afrika dan pekerja kontrak dari Asia.

Marocco mempunyai sekitar 23 ribu pengikut Katolik Roma atau lebih satu peratus dari 35 juta penduduk di Marocco. Sebahagian besar pemeluk Katolik Roma itu ekspatriat berkebangsaan Eropah dan imigran sub-Sahara Afrika. — CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments