St Joseph Minawo anjur Tamu Solidariti

St Joseph Minawo anjur Tamu Solidariti

Jul 06, 2018

KENINGAU: Zon Minawo telah mengadakan Tamu Solidariti Bertempat di KUK St Joseph Minawo pada 17 Jun 2018.

Majlis dimulakan dengan Ibadat Sabda yang dipimpin oleh Diakon David Gasikol.

Dalam renungannya, Diakon David mengambil tema perumpamaan biji benih bahawa kita adalah biji benih dan Yesus adalah biji benih yang turun dari syurga.

“Kita juga adalah benihbenih Tuhan yang berbeza dan setiap benih itu mempunyai benih damai, kasih dan kemaafan. ”

Tamu Solidariti diadakan bagi tujuan mengumpul dana bagi renovasi sayap kanan dan kiri bangunan Gereja demi menampung bilangan umat yang semakin bertambah.

Acara berakhir pada jam 6.30 petang selepas doa penutup dan disambung dengan acara santai-santai. — Tadius Kilip

Total Comments:0

Name
Email
Comments