Staff Keuskupan Keningau sokong kempen menjaga bumi

Staff Keuskupan Keningau telah berkumpul dan menganjurkan retret selama tiga hari di Pusat Ziarah Keluarga Kudus Nulu Sosopon (PZKKNS) pada 8- 10 September 2019

Oct 05, 2019

KENINGAU: Staff Keuskupan Keningau telah berkumpul dan menganjurkan retret selama tiga hari di Pusat Ziarah Keluarga Kudus Nulu Sosopon (PZKKNS) pada 8- 10 September 2019

Father Francis Dakun dalam homilinya mengongsikan kisah bagaimana beliau menyahut panggilannya.

“Ketika saya baru mahu menyahut panggilan kepader- ian, kakitangan keuskupanlah yang banyak membantu saya,” ujar  Fr. Francis selaku paderi pembimbing staff Keuskupan itu.

Paderi itu mengajak para staff untuk merenung, “Kenapa Tuhan memanggil saya untuk melayani sebagai staff di keuskupan? Adakah saya akan melayani sampai saya menghembuskan nafas yang terakhir?

Katanya, “Kerja sebagai staff di gereja bukan untuk mencari wang semata-mata. Menjadi staff dalam sesebuah keuskupan merupakan satu panggilan daripada Tuhan. Oleh itu, mengutamakan tugas yang diberikan dan layanilah khususnya mereka yang memerlukan bantuan atau per- tolongan daripada kita.

Fr. Francis juga mengajak staff  dalam menyokong kem- pen menjaga alam ciptaan Tuhan seperti yang baru dilak- sanakan di Keuskupan Keningau. Menjaga alam seki- tar bukan lagi satu keperluan sebaliknya satu keharusan serta menyedarkan semua orang bahawa pemanasan global pada masa sekarang adalah semakin membim- bangkan.

“Marilah kita mengungkap- kan kesetiaan dan ketulusan melayani dalam pelayanan seharian kita sebagai staff Keuskupan Keningau,” kata Fr. Francis pada akhir homilinya.

Pada 10 September, mesyuarat staff Keuskupan Keningau juga diadakan dipengerusikan oleh Sdra. Fabian Wong selaku Pengerusi Staff Keuskupan Keningau.

Dalam pertemuan kali ini, staff di setiap paroki berpelu- ang untuk berkenalan dengan staff yang baru dan men- gukuhkan lagi persahabatan dengan staff yang sudah lama melayani. —Komsos Kgau 

Total Comments:0

Name
Email
Comments