SYCC Sandakan rai ulang tahun ke-34

18.8.2018 merupakan tarikh penting bagi Kovenan Star of Yahweh (SYCC) kerana pada hari itu mereka merayakan ulang tahun ke-34.

Sep 07, 2018

SANDAKAN: 18.8.2018 merupakan tarikh penting bagi Kovenan Star of Yahweh (SYCC) kerana pada hari itu mereka merayakan ulang tahun ke-34. Perayaan ulang tahun itu diadakan dengan sederhana tetapi amat bermakna kerana ia dirayakan dengan Misa, disusuli majlis makan malam kesyukuran di sebuah restoran di Sandakan.

Majlis itu begitu meriah dengan kehadiran Uskup Julius Dusin Gitom, Father David Garaman, Father Stanley, para religius, ahli-ahli majlis pastoral paroki dan rakan-rakan SYCC.

Selama 34 tahun melayani bersama, para ahli SYCC telah menunjukkan kematangan dan komited di mana mereka aktif melayani pelbagai kerasulan di Gereja serta menganjurkan pelbagai kegiatan rohani. SYCC juga merupakan salah sebuah kerasulan yang giat terlibat dalam pelayanan koir, lawatan ke MRSM, Sekolah Seni, mengadakan pertemuan sekali dalam sebulan dengan pelajar Montfort serta mengadakan Seminar Hidup Baru Dalam Roh.

Ulang tahun ke-34 itu juga menyaksikan Sdra Philip Mosinoh menerima panggilan Tuhan sebagai Pemimpin SYCC.

Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Sdra Michael Lee, seorang penatua bijaksana dan tetap aktif sebagai anggota komuniti . Beliau mengongsikan tentang pelayanannya melalui SYCC yang banyak membantunya menghadapi pelbagai cabaran, menuntut pengorbanan, membina hubungan dengan orang lain tanpa mengira usia, latar belakang dan bangsa dan paling utama, bersama ahli-ahli SYCC memuliakan Tuhan dalam suka dan duka dengan ketaatan.

Sebagai seorang penatua yang amat berpengalaman, Micheal juga mengakui bahawa sebagai umat yang dibaptis, kita haruslah sentiasa membantu Gereja, melayani sesama dengan bimbingan Roh Kudus. Beliau merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli SYCC yang sentiasa memberikannya bantuan dan sokongan semasa beliau menyandang jawatan ketua dalam SYCC.

Pada akhir ucapannya, Micheal mengumumkan Sdra Philip Mosinoh sebagai ketua SYCC yang baharu dan Sdra Michael Tivit sebagai salah seorang penatua dalam SYCC. Fr David turut menyaksikan dan menyertai acara penumpangan tangan kepada Sdra Philip sebagai upacara pelantikan ketua penatua yang baharu.

Total Comments:0

Name
Email
Comments