Tamu Solidariti berkonsep bebas sampah, kurangi plastik

Keuskupan Keningau telah mengadakan aktiviti tahunan mereka iaitu Tamu Solidariti pada tanggal 6 Oktober 2019, Ahad. Diadakan di Dataran Keuskupan Keningau.

Nov 10, 2019

KENINGAU: Keuskupan Keningau telah mengadakan aktiviti tahunan mereka iaitu Tamu Solidariti pada tanggal 6 Oktober 2019, Ahad. Diadakan di Dataran Keuskupan Keningau.

Secara tradisinya, tamu atau badi (Bahasa Dusun) adalah sangat sinonim  dengan masyarakat Sabah dahulu sehinggalah sekarang. Ia juga menjadi landasan pertemuan selain aktiviti berjual beli.

Tridum turut diadakan sebelum Tamu Solidariti ini diadakan.

Pada Tamu Solidariti kali ini Komiti Alam Ciptaan Tuhan (KACT) telah mem promosi  bahawa tamu kali ini berkonsep bebas sampah serta menggalakkan umat agar mengurangkan penggunaan plastik dengan membawa bekas makanan dan minuman, serta bakul tempat untuk menyimpan hasil belian -- Komsos K’gau

Total Comments:0

Name
Email
Comments