Tamu Solidariti kali ke-15 di Keningau

Tamu Solidariti KSFX telah berjaya disempurnakan pada 1 Oktober2017. Tamu Solidariti kali ke-15 ini bertempat di Dataran Keuskupan Keningau.

Oct 20, 2017

KENINGAU : Tamu Solidariti KSFX telah berjaya disempurnakan pada 1 Oktober2017. Tamu Solidariti kali ke-15 ini bertempat di Dataran Keuskupan Keningau.

Umat-umat daripada setiap KUK, KKD dan juga Zon sekitar Paroki Keningau datang bersama untuk menyokong dan memeriahkan lagi Tamu Solidariti. Turut hadir diri ialah Datuk Jake Jikulin Nointin dan isteri serta rombongan.

Tamu Solidariti merupakan salah satu program yang diadakan setiap tahun di paroki KSFX untuk mencari dana bagi keperluan-keperluan pastoral.

Selain itu Tamu Solidariti merupakan salah satu persiapan dalam manyambut Jubli Perak Keuskupan Keningau pada tahun 2018. Tamu Solidariti juga diadakan untuk membantu dalam pembangunan gereja-gereja stesen luar Paroki KSFX juga pembangunan Pusat Ziarah Keluarga Kudus Nulu Sosopon. Setiap pembelian adalah dengan menggunakan kupon.

Majlis dimulakan dengan Tarian Tradisional bagi menyambut kedatangan Uskup Datuk Cornelius Piong dan para tetamu jemputan. Seterusnya sesi ucapan alu-aluan dan perasmian Tamu Solidariti yang dilaksanakan oleh Bapa Uskup sendiri.

Encik Paul Jawa selaku Pengerusi juga wakil bagi Tim Pelaksana Tamu Solidariti mengucapkan kesyukuran di atas penglibatan semua pihak sekitar Paroki KSFX dan sokongan para umat serta penderma. Beliau juga berterima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh Uskup, para Paderi dan Komuniti Religius kepada Tim Perlaksana sehingga Tamu Solidariti dapat berlangsung dengan jayanya

Pelbagai acara yang disediakan dalam Tamu Solidariti ini. Antaranya ialah jualan makanan, minuman, beras, sayursayuran dan macam-macam lagi.

Di samping itu, terdapat juga geraigerai yang menyediakan permainan mini untuk menarik perh

Total Comments:0

Name
Email
Comments