Telah tiba saatnya ...

Yesus ikut mengalami hidup manusia dengan darah dan daging dengan segala ciri-cirinya kecuali dosa.

Mar 15, 2024

HARI MINGGU
PRA-PASKAH V (TAHUN B)
Yeremia 31:31-34
Ibrani 5:7-9
Injil Yohanes 12:20-33

Bab 12 dalam Injil Yohanes menggambarkan bahgian terakhir masa penampilan Yesus di depan umum, sebelum Dia mengharungi peristiwa-peristiwa penderitaan-Nya, yang akan kita ikuti selepas Hari Minggu Palma.

Seperti orang-orang Yunani, kita pun ingin bertemu, mengenal wajah Yesus yang sebenarnya. Di seluruh Kitab Suci terungkap, bahawa semua orang ingin mengenal dan melihat wajah Tuhan. Misalnya dalam Mazmur tercetuslah kerinduan manusia melihat Tuhan.

Kitab Ibrani (bacan kedua) memperkenalkan kepada kita Yesus dengan perjuangan batin-Nya di kebun zaitun di Getsemani. “Dia telah mempersembahkan doa dan permohonan dengan ratap tangis dan keluhan kepada Dia, yang sanggup menyelamatkan-Nya dari maut” (Ibr 5:7).

Dalam Perjanjian Lama tidak pernah imam agung digambarkan sebagai orang yang menyamakan dirinya dengan orang lain se-bagai sesama. Imam agung yang berbelas kasih kepada kaum pendosa tidak dikenal dalam Perjanjian Lama.
Ternyata dalam Kitab Ibrani memperkenalkan gambaran tentang imamat yang total berbeza!

Imamat Yesus bererti kesediaan diri ikut merasa menderita (compassio) dan solidariti.

Yesus ikut mengalami hidup manusia dengan darah dan daging dengan segala ciri-cirinya kecuali dosa.

Dia telah diuji dengan segala percubaan seperti yang pernah kita alami sebagai manusia. Dia tahu kelemahan-kelamahan kita. Tetapi Dia selalu mempunyai “compassio”, peka ikut merasakan penderitaan orang lain di-sertai keprihatinan. Inilah imamat yang sebenarnya, dahulu mahupun sekarang!

Apa pesan gambaran atau wajah Yesus itu bagi kita sekarang ini?

Wajah Yesus yang kita kenal itu bukan menjauhkan diri kita daripada-Nya. Tetapi sebaliknya!

Pelbagai macam halangan, percubaan, kelemahan, kerapuhan kita sehari-hari menciptakan suatu kesempatan bagi kita untuk bertemu dan untuk melihat wajah Yesus.

Kesimpulan kita ialah, jangan sampai hidup kita tertekan, kerana harus memikul beban situasi hidup kita yang berat. Mengapa?

Kerana kita tahu dan yakin bahawa Yesus adalah bersama kita. Dan menurut Kitab Ibrani Yesus telah diselamatkan dari maut dan didengarkan permohonan-Nya “kerana kesalehan-Nya” dan kerana “telah belajar menjadi taat”.

Nah, bila demikian, kita pun dapat menerima hiburan. Sebab dengan doa kita yang tekun dan disertai ketaatan kita akan kehendak Tuhan, kita pasti akan didengarkan Tuhan.

Kita mengenal Yesus melalui Kitab Suci, khususnya melalui Injil. Injil adalah kesaksian para murid Yesus sebagai saksi-saksi, dan diabadikan dalam Injil sebagai pegangan bagi semua orang bila mahu mengenalYesus.
Di samping kesaksian, kita juga memerlukan saksi-saksi hidup. Kita mempunyai seorang saksi untuk zaman kita iaitu Santo Sri Paus Yohanes Paulus II.

Orang yang bernama Karol Wojtyla yang kini kita kenali sebagai Sri Paus Santo Yohanes Paulus II yang bertempur dengan pelbagai pegelutan serta penderitaan yang harus dialaminya se-bagai Pengganti Petrus.
Beliau wafat pada April 2, 2005. Sri Paus itu meninggalkan khazanah iman untuk kita bahawa setiap orang, termasuk Sri Paus, Wakil Kristus sendiri, harus menderita!

Bapa Suci itu pernah ditembak untuk dibunuh. Menjelang masa akhir kepausannya, kekuatan tubuhnya menjadi lemah sehingga menghalang beliau untuk mengunjungi umat di pelbagai penjuru dunia; tangannya menjadi tidak mampu menulis ensiklik, seruan apostolik dan lainnya; begitu juga suara pewartaannya yang hampir tidak dapat didengar — namun semuanya tidak menggoncang imannya.

Oleh itu, banyak suara di dunia ini mengatakan bahawa pewartaan yang terkuat dari Sri Paus Sto Yohanes Paulus II ialah ketika prelatus itu diakui secara rasmi sebagai Santo Gereja, meskipun kekuatan, tulisan dan suaranya sudah tidada di dunia tetapi benih karya-Nya telah meninggalkan wajah Yesus untuk kita semua! — Mgr. F.X. Hadisumarta O.Carm, imankatolik

Total Comments:0

Name
Email
Comments