Tentang bunuh diri dan rasa putus asa

Selama berabad-abad, bunuh diri dianggap sebagai tindakan seseorang yang putus asa dan keputusasaan itu sendiri dilihat sebagai dosa yang paling berat

May 25, 2018

Selama berabad-abad, bunuh diri dianggap sebagai tindakan seseorang yang putus asa dan keputusasaan itu sendiri dilihat sebagai dosa yang paling berat dari semua. Dalam banyak kalangan agama, keputusasaan dilihat sebagai yang paling berdosa terhadap semua perbuatan dan sesungguhnya tidak dapat dimaafkan.

Sedihnya, sisa-sisa tanggapan itu begitu kuat melekat sehingga bunuh diri masih dilihat oleh ramai orang sebagai akibat dari rasa putus asa, tindakan yang menghina Tuhan dan tidak menghormati kehidupan, dipandang sebagai tindakan yang tidak menerima harapan.

Ramai orang gereja masih melihat bunuh diri sebagai perbuatan putus asa dan sebagai dosa yang tidak boleh dimaafkan, dosa yang dianggap melawan Roh Kudus. Tetapi ini adalah salah faham. Bunuh diri bukan tindakan putus asa dan bukan tindakan yang tidak boleh diampuni. Bunuh diri adalah tindakan atau perbuatan kerana putus asa bukanlah ajaran Gereja-gereja Kristian dan sudah tentu, bukan ajaran atau kepercayaan Gereja Katolik.

Tujuan saya di sini bukanlah untuk merendahkan apa yang kita ajarkan oleh gereja-gereja tentang bunuh diri atau putus asa, tetapi untuk memberi penjelasan yang lebih tepat tentang apa yang diajarkan oleh Gereja.

Saya juga memberikan penerangan ini buat mereka yang masih percaya bahawa bunuh diri adalah tindakan putus asa dan dosa yang tidak dapat diterima. Saya tidak meremehkan kepercayaan mereka tetapi cuba untuk membebaskan mereka daripada ketakutan palsu (berdasarkan salah faham) yang pasti akan menyebabkan sedih dan bimbang khususnya di kalangan mereka yang mempunyai orangorang kesayangan yang meninggal kerana bunuh diri.

Bunuh diri bukanlah disebabkan oleh rasa putus asa. Kamus mendefinisikan keputusasaan sebagai kurang atau ketiadaan harapan. Tetapi itu bukan apa yang berlaku dalam kebanyakan kes bunuh diri. Apa sebenarnya yang berlaku?

Orang yang mengambil nyawanya sendiri tidak berniat bahawa tindakan mereka itu sebagai menghina atau menentang Tuhan atau kehidupan (kerana untuk menghina atau menentang Tuhan memerlukan tindakan berani sedangkan bubuh diri secara amnya adalah sebaliknya). Apa yang berlaku dalam kebanyakan kes bunuh diri adalah bertentangan kutub. Bunuh diri adalah akibat kekalahan besar.

Ada sebuah babak sangat hebat dalam adaptasi muzik Victor Hugo, Les Miserables. Seorang wanita muda, Fantine, terlentang tidak bernyawa. Dia menceritakan bahawa dia pernah menjad seorang yang muda dan penuh harapan; tetapi kini semakin terbeban akibat kemiskinan hidup, ditambah pula dengan kekecewaan mendalam dan berjuang menentang penyakit fizikal, dia telah dikalahkan dan terpaksa menyerah kepada hakikat memilukan bahawa "ada ribut yang tidak dapat kita tempuhi."

Dia betul, dan sesiapa yang tidak menerima kebenaran ini, maka pada suatu hari nanti, akan mengalami hari yang menyesakkan itu dan akan dapat memahami penderitaan pahit tersebut. Ada hal-hal dalam kehidupan ini yang akan menghancurkan kita, dan kekalahan kita dalam menghadapi perkara sukar itu bukanlah kerana sudah putus asa sebaliknya ia adalah tindakan yang sama sekali tidak bebas, bukan pilihan. Ia adalah kekalahan sedih dan terpaksa menelan kepahitannya.

Dan itu berlaku dengan kebanyakan orang yang mati akibat bunuh diri. Atas sebab-sebab penyakit mental sehinggalah kepada pelbagai ribut kuat yang tidak hentihenti memukul sehingga menundukkan seseorang, kadang-kadang ada titik dalam kehidupan manusia di mana mereka dikuasai, dikalahkan, dan tidak dapat meneruskan hidup mereka sendiri - sejajar dengan orang yang mati akibat mangsa kemarau, badai, kanser, penyakit jantung, diabetes, atau Alzheimer. Tidak ada dosa yang dikalahkan oleh ribut maut. Kita boleh dikalahkan, dan ada sesetengah orang yang 'gugur' kerananya tetapi ia bukanlah kerana putus asa (yang hanya boleh menjadi sengaja dan tindakan kekuatan).

Pertama-tamanya, kita tidak memahami penyakit mental, yang boleh menjadi seperti tidak ada apa yang berlaku dan boleh juga menghasilkan kematian seperti manamana penyakit fizikal lain. Kita tidak menyalahkan seseorang yang mati akibat kanser, strok, atau kemalangan fizikal, tetapi kita selalu mempunyai tanggapan buruk terhadap seseorang yang mati akibat pelbagai jenis penyakit mental yang memainkan peranan besar dalam kebanyakan kes bunuh diri. Secara umumnya, meskipun kita sentiasa mempunyai tanggapan kurang menyenangkan tentang mereka yang bunuh diri tetapi berita gembiranya ialah, Tuhan-lah yang berkuasa, pandangan serong atau cara kematian seseorang itu tidak mengganggu penyelamatan orang yang telah pergi tersebut.

Di sebalik penyakit mental, kita dapat dikalahkan dalam kehidupan disebabkan banyak hal lain. Tragedi, kerugian yang menyayat hati, obsesi yang tidak disengajakan, dan rasa malu yang amat sangat, putus cinta, kehancuran semangat dan membawa maut kepada tubuh. Dan seharusnya penghakiman kita dalam hal ini harus mengingati dan menghormati Tuhan di mana adakah Dia yang Maha Pengasih, Maha Berbelas Kasihan akan mengutuk seseorang seperti Fantine, watak dalam muzikal Victor Hugo, yang tidak mampu mengharungi kepahitan badai hidup? Adakah Tuhan berpihak pada pandangan kita yang sempit di mana keselamatan adalah dikhaskan untuk yang kuat?

Perhatikan bahawa apabila Yesus menunjukkan dosa, Dia tidak menunjukkan di mana kita lemah dan dikalahkan; Sebaliknya Dia menegur di mana kita berlagak kuat, sombong, acuh tak acuh, dan menghakimi.

Cari di dalam Injil dan tanyakan soalan ini: Kepada siapa Yesus menegur amat tegas? Jawapannya adalah jelas: Yesus menegur keras mereka yang kuat, menghakimi, dan tidak mempunyai perasaan terhadap mereka yang menderita. Perhatikan kata-kata Yesus tentang orang kaya yang mengabaikan orang miskin di depan pintu rumahnya, apa yang dikatakan-nya tentang imam dan ahli taurat tentang sikap mereka yang mengabaikan orang yang cedera dipukul di tepi jalan dan betapa kerasnya kata-kata Yesus terhadap ahli-ahli taurat dan Farisi yang cepat menentukan siapa yang jatuh di bawah penghakiman Tuhan dan siapa yang tidak.

Tanggapan bahawa mereka yang bunuh diri kerana tidak dapat menerima kepahitan hidup atau putus asa adalah sebuah pemahaman salah tentang Tuhan. — Hakcipta Terpelihara 1999-2019 @ Fr Ron 

Total Comments:0

Name
Email
Comments