Tetap berbuah meskipun pasif

Kita menyatakan tentang bahagian itu dalam Injil yang menceritakan kehidupan Yesus dari Perjamuan Terakhir sehingga kematian dan pengebumian-Nya, sebagai “Sengsara-Nya”.

Apr 04, 2024

Biarpun dalam keadaan pasif, kita tetap dapat memberikan sesuatu. Inilah misteri hasil dari ketidakberdayaan. — Fr Ron Rolheiser


Kita menyatakan tentang bahagian itu dalam Injil yang menceritakan kehidupan Yesus dari Perjamuan Terakhir sehingga kematian dan pengebumian-Nya, sebagai “Sengsara-Nya”.

Pada hari Jumaat Agung, lektor memulakan Injil dengan kata-kata: “Kisah Sengsara Tuhan Kita Yesus Kristus Menurut Yohanes”.

Mengapakah kita menyebut masa sebelum kematian-Nya sebagai “sengsara”?

Secara amnya, mungkin kita tidak memahami dengan betul. Kita cenderung untuk berfikir bahawa “sengsara” di sini merujuk kepada penderitaan yang sangat berat seperti “kesengsaraan yang kronik”.

Ini tidak salah tetapi ada perkara penting yang terlepas pandang. Passion berasal dari bahasa Latin, PASSIO, bermaksud pasif, tidak beraktiviti, lebih menyerap sesuatu daripada melakukan sesuatu.

Oleh itu, “Sengara” Yesus merujuk kepada tempoh dalam hidup-Nya yang tidak ditentukan oleh apa yang Dia lakukan sebaliknya apa yang dilakukan dan kesan terhadap-Nya. Apa yang diperkatakan di sini?

Kehidupan dan pelayanan Yesus boleh dibahagikan kepada dua bahagian: para sarjana menganggarkan bahawa Yesus menghabiskan kira-kira tiga tahun untuk berkhutbah dan mengajar sebelum dihukum mati.

Manakala, untuk sebahagian besar waktu itu, kecuali hari terakhir, dia adalah pelaku, yang memerintah, yang aktif, mengajar, menyembuhkan, melakukan mukjizat, memberi nasihat, makan bersama orang berdosa, berdebat dengan penguasa gereja, dan secara amnya, dengan segala jenis aktiviti-Nya, Dia menjemput orang pada zaman itu untuk memasuki kehidupan Tuhan. Dan dia sibuk, sangat tertekan sehingga kadang-kadang Dia tidak mempunyai masa untuk makan. Hampir sepanjang kehidupan awamnya, Yesus secara aktif melakukan sesuatu.

Namun, sejak Dia keluar dari bilik perjamuan malam terakhir, aktiviti itu terhenti.

Dia bukan lagi orang yang melakukan sesuatu untuk orang lain, tetapi orang yang melakukan sesuatu kepadanya.
Di taman, mereka menangkap Dia, mengikat tangan-Nya, membawa-Nya kepada imam besar, kemudian kepada Pilatus.

Dia dipukul, dihina, pakaian-Nya dilucutkan dan akhirnya dipaku pada salib di mana Dia mati. Ini merupakan “kesengsaraan atau Passio” Yesus, pada masa dalam kehidupan dan pelayanan-Nya, apabila Dia berhenti menjadi pelaku dan orang melakukan sesuatu terhadap-Nya.

Apa yang luar biasa tentang ini adalah iman mengajar kita bahawa kita diselamatkan melalui sengsara-Nya (kematian dan penderitaan-Nya) berbanding semua aktiviti khutbah dan semasa melakukan mukjizat. Bagaimana?

Izinkan saya menggunakan ilustrasi ini: beberapa tahun yang lalu, kakak saya Helen, seorang biarawati Ursuline, meninggal dunia akibat kanser.

Dia merupakan seorang biarawati selama lebih daripada tiga puluh tahun, dia sangat mencintai pelayanannya dan disayangi oleh orang-orang yang dilayaninya.

Untuk sebahagian besar daripada tiga puluh tahun itu, dia berkhidmat sebagai ibu kepada ratusan wanita muda yang menghadiri akademi yang dikendalikan oleh kongregasinya.

Dia mengasihi wanita-wanita muda itu dan bagi mereka, kakak saya adalah seorang ibu, seorang kakak dan seorang mentor.

Juga, selama dua puluh tahun terakhir dalam hidupnya, selepas ibu kami sendiri meninggal, dia juga berkhidmat dalam kapasiti yang sama untuk keluarga kami, mengatur kami dan mengekalkan hubungan mesra kami bersama.

Selama bertahun-tahun dia adalah orang yang aktif, pelaku yang sempurna, orang yang diharapkan dalam apa sahaja tanggungjawab. Dan dia menikmati peranan itu dan sesungguhnya dilahirkan untuk memberikan khidmatnya untuk orang lain. Dia memang suka melakukan sesuatu untuk orang lain.

Sembilan bulan sebelum dia meninggal dunia, kanser menyerangnya dengan kejam dan dia menghabiskan bulan-bulan terakhir hidupnya dengan hanya terbaring di atas katil.

Sekarang dia tidak dapat menghulurkan khidmatnya tetapi orang lain yang melakukan sesuatu untuknya. Doktor, jururawat, para religius dalam kongregasinya dan lain-lain, bergilir-gilir menjaganya.

Dan, seperti Yesus dari masa Dia ditangkap, ditahan hingga saat kematian-Nya, tubuhnya juga telah dihina, dipimpin oleh orang lain, dibogelkan, didorong, dan ditatap oleh orang yang ingin tahu. Sesungguhnya, seperti Yesus, dia mati kehausan, dengan span yang dipegang pada bibirnya oleh orang lain.

Itulah passionnya, dia telah menghabiskan bertahun-tahun melakukan sesuatu untuk orang lain, kini terpaksa akur seseorang melakun untuknya.

Namun, titik penting di sini ialah, seperti Yesus, ketika dia tidak berdaya dan tidak lagi berkuasa, untuk memberi kehidupan yang lebih bermakna berbanding apa yang dilakukannya ketika dia aktif dan sihat.

Itulah misteri keberhasilan dari keadaan yang pasif, ketidakberdayaan.

Ada satu pengajaran penting di sini, tidak terkecuali bagi orang yang sakit tenat, orang cacat yang teruk dan orang sakit. Juga kita perlu memahami bahawa semasa kita sakit, tidak berdaya dan memerlukan penjagaan, kita perlu memberi kebenaran kepada orang lain untuk menjaga dan melayani kita.

Kesengsaraan Yesus mengajar kita bahawa, seperti Yesus, kita memberi sebanyak mungkin kepada orang lain meskipun dalam keadaan pasif.

Apabila kita tidak lagi berkuasa, dipukul, dihina, menderita bahkan tidak dapat membuat diri kita difahami oleh orang yang kita sayangi, kita sedang mengalami kepasifan dan, seperti Yesus dalam penderitaannya, mempunyai peluang untuk menyerahkan cinta kita dengan cara yang sangat mendalam. — Hakcipta Terpelihara 1999-2024 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments