Tiada ziarah ke Sta Anna pada tahun ini, hanya siaran langsung

Pesta Santa Anna di Bukit Mertajam yang merupakan perayaan sepuluh hari pada minggu terakhir bulan Julai setiap tahun, menghimpunkan ramai penziarah muhibah dari pelbagai bangsa, kepercayaan, tradisi dan agama di Shrine St. Anna, yang mewujudkan tanda nyata dan ungkapan harmoni yang sejati.

Jun 26, 2020

THE TITULAR ROMAN CATHOLIC BISHOP OF PENANG KEUSKUPAN PULAU PINANG

Kenyataan Media

Pesta Santa Anna di Bukit Mertajam yang merupakan perayaan sepuluh hari pada minggu terakhir bulan Julai setiap tahun, menghimpunkan ramai penziarah muhibah dari pelbagai bangsa, kepercayaan, tradisi dan agama di Shrine St. Anna, yang mewujudkan tanda nyata dan ungkapan harmoni yang sejati.

Perayaan Sta. Anna yang merangkumi Perayaan secara langsung Misa dalam semua bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris dan Mandarin, Adorasi kepada Sakramen  Mahakudus, Novena selama sembilan hari kepada Sta. Anna yang memintanya pertolongannya, dan sejumlah besar devosi peribadi yang menghormati Sta. Anna melalui doa dan petisyen, akan dirayakan tahun ini dari 24 Julai 2020 - 2 Ogos 2020 melalui cara digital yang dapat diakses oleh semua orang.

Ini boleh diikuti melalui laman web rasmi: www.minorbasilicastAnnabm.com yang akan tersedia mulai 1 Julai 2020 dan seterusnya.

Dengan semangat pemikiran dan hati Kebaikan Umum, perhimpunan besar-besaran di  kalangan penziarah dan pendevosi di Shrine Sta. Anna dan Basilika Minor Sta. Anna sangat penting tidak akan diadakan memandangkan keadaan semasa yang kita hadapi akibat Pandemik Covid-19. Oleh yang demikian, Perayaan tahun ini tidak akan dirayakan dengan cara tradisional yang telah lama diamalkan. Misi untuk mengasihi dan melayani orang lain melalui Perayaan Sta. Anna, akan diteruskan dengan cara yang lebih Kreatif, Inklusif dan Membangun Hubungan, sehing ga tetap dapat menjangkau ribuan penziarah yang setia berkumpul di shrine suci ini setiap tahun dari dekat dan jauh.

Upacara Perasmian pengangkatan Gereja Sta. Anna kepada Basilika Minor, sebuah model aktiviti Liturgi dan Pastoral di Keuskupan Pulau Pinang dan wilayah ini sebagai shrine ziarah, yang dijadualkan pada 2 Ogos 2020 juga ditunda di kemudian hari dan tarikh baharu akan diumumkan.

Saya mengucapkan syukur dan terima kasih yang tulus kepada seluruh umat Tuhan dan pendevosi Sta. Anna atas sokongan mereka yang sungguh-sungguh dan penuh doa dalam menempuh masa-masa yang sukar ini. Selama berbulan-bulan, ketika gereja-gereja ditutup, patung Sta. Anna telah diletakkan berdekatan pintu masuk utama di mana ia dapat dihormati oleh mereka yang melintasi Gereja Sta. Anna, Bukit Mertajam.

Memandangkan  Gereja dan Shrine Sta.  Anna ditutup untuk orang ramai semasa Perayaan Sta. Anna dari 24 Julai 2020 - 2 Ogos 2020, salah satu patung asli dari Shrine akan dibawa keluar di pintu masuk utama, sementara patung asli yang lain berada di dalam Shrine yang dapat dilihat dalam laman web rasmi melalui siaran langsung untuk devosi umum. Lebih banyak maklumat mengenai Pesta Sta. Anna tahun ini boleh diperolehi di laman web rasmi yang dinyatakan di atas mulai 1 Julai 2020.

Saya menyampaikan solidariti saya dengan semua penziarah dan pendevosi Sta. Anna, sambil kita berharap dan berdoa agar dapat merayakan Pesta Sta Anna pada tahun hadapan dengan cara biasa. Semoga Tuhan memberkati anda semua dan selalu.

Rt Rev. Dato’ Sebastian Francis, D.D., DSPN
Uskup Katolik Titular Pulau Pinang
17 Jun 2020

Total Comments:0

Name
Email
Comments