Tim Singapura menang rekaan aplikasi untuk pelarian

Kebanyakan pelarian, walaupun dapat memperoleh pendapatan asas dan mampu membayar sewa di negara-negara asing, sering berada dalam situasi di mana sukar mendapat pembiayaan pajakan untuk perumahan jangka panjang disebabkan oleh kekurangan kredibiliti kewangan mereka.

Mar 23, 2018

VATIKAN: Kebanyakan pelarian, walaupun dapat memperoleh pendapatan asas dan mampu membayar sewa di negara-negara asing, sering berada dalam situasi di mana sukar mendapat pembiayaan pajakan untuk perumahan jangka panjang disebabkan oleh kekurangan kredibiliti kewangan mereka.

Tetapi tidak lama lagi mereka boleh mendapatkan bantuan — dalam bentuk aplikasi mudah alih yang merekodkan pekerjaan dan pendapatan mereka, serta sejarah pembayaran, yang menunjukkan sama ada mereka adalah peminjam berisiko disebabkan oleh pembayaran yang tidak diselesaikan sebelumnya.

Berdasarkan maklumat tersebut, aplikasi kemudian menjana skor yang menunjukkan tahap kredibiliti kewangan mereka.

Aplikasi ini dicipta oleh Rushika Shekhar, 27, dari Singapura dan empat rakan sepasukannya dari Universiti Georgetown di Washington. Alat tersebut dapat membantu pelarian dengan skor tinggi untuk mendapatkan pajakan jangka panjang yang memuaskan hati tuan tanah atau sebaliknya.

“Kami menyedari bahawa ramai tuan tanah yang mempunyai pandangan negatif terhadap pelarian walaupun golongan tersebut mampu atau ada pendapatan tinggi bagi menyewa atau memajak perumahan,” kata Rushika yang sedang belajar di peringkat sarjana dalam pembangunan antarabangsa di Universiti Georgetown.

Kumpulan itu bekerja di bawah bimbingan mentor mereka, Encik Gege Gatt, Ketua Pegawai Eksekutif Ebo startup teknologi, dalam membuat aplikasi tersebut. Cik Rushika mengendalikan aspek reka bentuk aplikasi.

Dalam masa beberapa hari, pasukan tersebut encipta aplikasi yang dinamakan Credit/Ability. Projek itu mengalahkan lapan peserta lain dalam kategori Migran dan Pelarian VHacks, sebuah acara hackathon pertama dengan menumpukan hal-hal global.

Sejak memenangi pertandingan itu, pelbagai syarikat teknologi besar telah menghubungi pasukan itu, menyatakan minat mereka dalam melaksanakan aplikasi itu. Pasukan tersebut kini sedang mencari cara bagaimana aplikasi itu dapat digunakan oleh syarikat-syarikat tersebut dan menjadikan aplikasi itu realiti.--berdasarkan Kimberley Chia, Straits Times

Total Comments:0

Name
Email
Comments