Tindak balas pastoral dari pelbagai keuskupan/agung tentang Covid-19

Tindak balas pastoral dari pelbagai keuskupan/agung tentang Covid-19

Mar 21, 2020

Penanguhan Misa di Keuskupan Agung Kota Kinabalu dan Kuching

Keuskupan Agung Kota Kinabalu


KOTA KINABALU: Uskup Agung John Wong dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu mengumumkan pada petang ini penangguhan sementara semua Misa dan lain-lain perhimpunan di Keuskupan Agung berkuatkuasa Sabtu, 14 Mac hingga Rabu, 1 April, 2020 kerana Covid-19 yang kini telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai pandemik.

Uskup Agung Wong berkata dalam satu kenyataan bahawa langkah ini telah diambil selaras nasihat kepada gereja yang diterima daripada Kementerian Kesihatan yang sebelum ini mengeluarkan cadangan bahawa semua perhimpunan besar perlu dihentikan.

Beliau berkata Kerajaan Negeri Sabah juga telah mengeluarkan kenyataan hari ini dengan mengatakan bahawa semua perhimpunan yang melibatkan lebih daripada 50 orang mesti ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Beliau berkata bahawa penangguhan sementara perhimpunan gereja juga diambil sebagai salah satu langkah untuk mengatasi wabak besar Covid-19 di Negeri Sabah di mana terdapat kes yang sudah disahkan.

Oleh itu, berkuat kuasa dari 14 Mac, semua Misa, mesyuarat dan perhimpunan seperti kelas katekismus, sesi IKD, Upacara Tobat dan Jalan Salib pada hari Jumaat pada  musim Pra-Paskah ini, serta program lain dan juga aktiviti gereja di semua gereja Keuskupan Agung Kota Kinabalu hendaklah tidak lagi diadakan.

Dalam hal majlis perkahwinan dan pengkebumian, mereka boleh dikendalikan secara persendirian dengan tetamu terhad di kalangan ahli keluarga terdekat, rakan rapat dan mereka berkenaan hendaklah menghubungi dan mendapatkan butiran dan nasihat lanjut dari Paderi paroki masing-masing.

Bagi mana-mana Sakramen lain, umat disarankan untuk menghubungi pejabat paroki dan paderi paroki dikehendaki mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu di dalam memberikan Sakramensakramen. Beliau menyatakan bahawa paroki masing-masing akan membuat pengaturan bagi Penyiaran Langsung Misa dalam pelbagai bahasa. Umat Katolik di Keuskupan boleh mengikuti mana-mana siaran itu melalui Internet. Contoh siaran sedemikian disediakan oleh Paroki St Peter Claver di Ranau, dengan siri Cahaya Kinabalu.

Uskup Agung John Wong menyeru para umat di Keuskupan Agung ini  untuk bersatu dan terus berdoa di dalam keluarga masingmasing, mencari Tuhan untuk menunjukkan belas kasihan mengakhiri penyebaran Covid-19. --SOCCOM

Keuskupan Agung Kuching

Salam damai saudara dan saudari dalam Tuhan Yesus,
Dalam menghadapi peningkatan cepat kes-kes sahih COVID-19 di Sarawak, Keuskupan Agung mengikuti langkah-langkah berikut bagi mencegah penularan COVID-19:

1. Semua Misa hari Minggu dan harian akan ditangguh selama dua minggu dari Jumaat  20 Mac hingga Jumaat 3 April 2020.  Umat Katolik dikecualikan dari  tanggungjawab hari Minggu mereka untuk menghadiri Misa dalam tempoh ini. Pengecualian ini hanyalah sementara dan kami akan terus memantau keadaan untuk memastikan jika tempoh penangguhan diperpanjangka melebihi 3 April.

2. Semua kelas katekismus hendaklah ditutup dan program dan aktiviti kateketikal harus dibatalkan dalam tempoh yang ini.

3. Semua mesyuarat, perhimpunan, pembentukan, sesi  IKD, majlis persaudaraan dan acaraacara dalam Gereja atau KED adalah dibatalkan dan ditangguhkan dalam tempoh ini.

4. Mana-mana majlis perkahwinan atau pengkebumian yang dijalankan dinasihatkan untuk dijalankan secara tertutup dengan tetamu terhad kepada ahli keluarga terdekat dan rakanrakan rapat. Sila hubungi paderi paroki anda untuk maklumat lanjut.

5. Untuk sakramen tobat (pengakuan), pengurapan orang sakit dan Komuni Kudus di rumah, sila hubungi pejabat paroki untuk temujanji dengan paderi paroki anda. Para paderi perlu mengambil langkah berjaga-jaga kesihatan yang diperlukan dalam mengendalikan Sakramensakramen.

6. Gereja-gereja, chapel atau bilik doa (jika berkenaan), hendaklah terbuka untuk doa peribadi dan Saat Teduh mengikut masa yang dijadualkan oleh paroki masing-masing. Sila hubungi laman web paroki / paroki anda untuk maklumat lain.

7. Kami dalam proses mengatur menyiarkan Misa dalam talian pada hari Minggu dalam pelbagai bahasa dan akan menyediakan pautan secepat mungkin.

8. Walaupun, siaran media Misa bukanlah pengganti kewajipan untuk membantu / menghadiri Misa pada hari Ahad dan harihari wajib lain yang suci, namun dengan penangguhan Misa pada hari Minggu dan hari biasa, menonton Misa secara langsung dapat berfungsi sebagai bentuk “devosi” kerohanian. Kami  menyarankan  kepada umat beriman untuk membaca Sabda Tuhan, khususnya pembacaan untuk Misa pada hari tersebut, berdoa Rosario Suci, mendoakan doa komuni rohani, berpuasa, melakukan praktik rohani dan devosi-devosi lain bagi meminta campur tangan Tuhan bagi mengakhiri krisis ini.

9. Pengalaman negara-negara lain mengajar kita bahawa PENGASINGAN SOSIAL dapat mengekang penularan wabak. Langkah-langkah yang kita ambil pada masa ini juga selaras dengan sarana dari Kementerian Kesihatan dan Komiti Pengurusan Bencana Sarawak untuk menangguhkan semua perhimpunan yang melibatkan ramai orang.

10. Mari kita terus meletakkan pengharapan dan kepercayaan kita kepada Tuhan yang Mahakuasa dan berdoa kepada agar segera mengakhiri krisis ini. Semoga Tuhan yang Mahakuasa memberkati anda dan keluarga anda dengan kesihatan yang baik, keamanan dan berkat melimpah.



Ambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan semua masyarakat

Keuskupan Sandakan
Kepada semua Paderi Paroki dan pembantu Paderi Paroki,

Per: Penangguhan Misa dan semua perhimpunan melebihi 50 orang disebabkan wabak covid-19

Salam damai di atas nama Yesus Tuhan dan Penyelamat kita Sejajar dengan panduan kerajaan Negeri Sabah untuk menangguhkan semua perhimpunan yang melibatkan lebih 50 orang, seperti yang diumumkan kelmarin, saya, Uskup Diosis Sandakan, mengumumkan bahawa semua Misa di Keuskupan Sandakan ditangguhkan bermula hari ini, 14 Mac hingga 1 April 2020. Segala kesulitan amatlah saya kesali tetapi keutamaan kita sekarang ini ialah menjaga kesihatan dan keselamatan orang awam.

Melihat situasi yang semakin serius, ia memerlukan kita menuruti perintah kerajaan negeri. Oleh itu, semua Misa dengan jemaat di paroki, di keuskupan Sandakan harus ditangguhkan. Namun, saya ingin menyarankan agar Gereja tetap dibuka untuk umat beriman yang mahu berdoa, dan saya juga  menggalakkan semua umat beriman berdoa bagi mereka yang dijangkiti virus covid-19 dan golongan pekerja yang bekerja tanpa lelah bagi menangani virus ini.

Langkah-langkah penangguhan ini adalah bagi kita menjaga kesejahteraan bersama masyarakat kita. Oleh itu, saya mahu menggalakkan semua orang agar mengikuti panduan dari Jabatan Kesihatan pada setiap masa.

Pada musim Pra-Paskah,  ini merupakan kesempatan bagi kita semua — sebagai individu, keluarga dan komuniti, untuk berdoa dengan lebih bersungguh-sungguh untuk sesama kita. Kita harus berdoa bagi mereka yang di barisan hadapan: para doktor, jururawat dan kakitangan perubatan agar Tuhan sentiasa melindungi mereka kerana mereka mengambil risiko demi melayani semua orang. 


Jangan takut, Tuhan ada disisimu

Keuskupan Keningau
Salam damai Kristus kepada saudara dan saudari umat di Keuskupan Keningau.

“Janganlah takut,
sebab Aku menyertai engkau,
janganlah bimbang,
sebab Aku ini Tuhanmu;
Aku akan meneguhkan,
bahkan akan menolong
engkau;
Aku akan memegang engkau
dengan tangan kanan-Ku
yang memberi kemenangan.”
(Yesaya 41:10)

Ekoran pengumuman rasmi kerajaan Malaysia yang dibuat oleh Perdana Menteri berkenaan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN yang berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, terdapat beberapa perkara yang harus di patuhi demi kebaikan dan keselamatan kita bersama. Menjadi tanggungjawab kita untuk menyokong usaha kerajaan dalam menangani  masalah penularan virus Covid-19 (Coronavirus).

Justeru, berikut merupakan garis panduan dan komunikasi semasa, khusus buat umat di Kesukupan Keningau.

1. Secara rasmi bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, segala aktiviti Kerohanian termasuk Misa Harian, Misa Senja (Sunset), Misa/Ibadat Sabda hari Ahad, Ibadat Jalan Salib ditiadakan namun Misa Kudus hari Ahad diadakan secara langsung (Live Broadcast Of Sunday Mass) melalui link https://m.facebook.com/ keningaudiocese/.

2. Manakala semua aktiviti Pastoral yang telah dirancang dalam tempoh tersebut akan di tunda ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

3. Upacara Pemberkatan Perkahwinan (kes istime wa untuk calon baptis), Sakramen Pengakuan di Paroki / KUK / ZON dan untuk Orang Sakit / Warga Emas / OKU (pengakuan di rumah) juga ditiadakan.

4. Sebarang aktiviti berkelompok seperti Seminar, Rekoleksi, Pertemuan Komiti dan apa sahaja program/aktiviti yang melibatkan perkumpulan umat adalah tidak dibenarkan. Kita akur dan mematuhi arahan daripada Kerajaan. Dan marilah kita mengambil kesempatan ini untuk refleksi diri serta bersama dengan keluarga berdoa agar keadaan akan menjadi pulih seperti biasa.

Total Comments:0

Name
Email
Comments