Tuhan itu adalah sukacita, sentiasa memandang kita dengan gembira

Hanya ada satu kesedihan yang sebenar-benarnya iaitu gagal menjadi orang kudus! Novelis Perancis, ahli falsafah, penulis esei, Leon Bloy mengakhiri novelnya The Woman Who Was Poor dengan kenyataan tadi.

Jul 03, 2021


Hanya ada satu kesedihan yang sebenar-benarnya iaitu gagal menjadi orang kudus! Novelis Perancis, ahli falsafah, penulis esei, Leon Bloy mengakhiri novelnya The Woman Who Was Poor dengan kenyataan tadi.

Berikut adalah petikan yang kurang dikenali dari Leon Bloy tetapi membantu kita memahami mengapa ada kesedihan dan kekesalan apabila gagal menjadi orang kudus. Sesungguhnya, kegembiraan adalah tanda pasti kehidupan Tuhan dalam jiwa.

Kegembiraan bukan sekadar tanda kehidupan Tuhan dalam jiwa, tetapi merupakan tanda kehidupan Tuhan zaman.

Kegembiraan merupakan kehidupan dalaman Tuhan. Tuhan itu sukacita. Ini bukan sesuatu yang mudah kita percayai. Di atas pelbagai alasan, kita merasa sukar untuk menganggap Tuhan sebagai bahagia, gembira, senang, dan (seperti yang dikatakan oleh Julian dari Norwich) sebagai santai dan sentiasa tersenyum.

Agama Kristian, Yahudi, dan Islam, meskipun mempunyai banyak perbezaan, kita mempunyai persamaan ini. Dalam konsep umum, kita semua menganggap Tuhan sebagai lelaki, selibat, dan secara umum, sukar untuk menyenangkan hati-Nya, selalu kecewa dengan kita.

Kita bergelut untuk memahami bahawa Tuhan bahagia dengan kehidupan kita dan, yang lebih penting, Tuhan itu adalah bahagia, gembira, santai, dan tersenyum. Namun, mengapa manusia memikirkan yang sebaliknya? Kitab Suci memberitahu kita bahawa Tuhan adalah pengarang semua yang baik dan bahawa semua perkara yang baik datang dari Tuhan.

Sekarang, apakah ada kebaikan yang lebih besar di dunia ini selain kegembiraan, kebahagiaan, tawa, dan anugerah yang memberi hidup daripada senyuman yang baik? Jelas tidak. Ini merupakan kehidupan syurga dan inilah yang menjadikan kehidupan di bumi layak untuk dijalani. Tentunya mereka melihat sumber akar umbi Tuhan. Ini bermaksud bahawa Tuhan itu gembira, adalah kegembiraan.

Sekiranya ini benar, dan memang demikian, maka kita tidak boleh menganggap Tuhan sebagai kekasih yang kecewa, pasangan yang marah, atau ibu bapa yang terluka, mengerutkan kening ketika menghadapi kelemahan dan pengkhianatan kita.

Sebaliknya, Tuhan mungkin dibayangkan sebagai nenek atau datuk yang tersenyum , menggembirakan hidup dan bertenaga, bertolak ansur dengan kelemahan kita, memaafkan kesilapan kita dan selamanya dengan lembut dan sabar, berusaha memujuk kita menuju sesuatu yang lebih tinggi atau mulia.

Karya-karya sastera pada masa ini menyatakan bahawa pengalaman cinta dan kegembiraan yang paling murni di bumi ini bukanlah yang dialami antara kekasih, pasangan, atau bahkan ibu bapa dan anak-anak mereka. Dalam hubungan ini, tidak dapat dielakkan (dan sesuatu yang boleh diterima) bahawa akan ada ketegangan dan keinginan diri yang cukup kuat untuk mewarnai kesucian dan kegembiraan masingmasing.

Ini secara amnya kurang berlaku dalam hubungan datuk dan nenek dengan cucu mereka. Hubungan datuk dan nenek dengan cucu selalunya lebih bebas daripada ketegangan dan tidak mementingkan diri, ia selalunya merupakan pengalaman cinta dan kegembiraan yang paling murni di bumi ini.

Dari situ, merupakan kegembiraan yang mengalir dengan bebas, lebih murni, lebih murah hati, dan mencerminkan apa yang sangat murni di dalam Tuhan, iaitu kegembiraan dan sukacita.

Tuhan adalah kasih, kitab suci menyatakan kepada kita; tetapi Tuhan juga adalah sukacita. Tuhan adalah senyuman yang baik hati dari seorang datuk yang memandang dengan bangga dan gembira pada seorang cucu.

Namun, bagaimana kegembiraan dan sukacita ini dapat dikaitkan dengan penderitaan, dengan misteri paskah, dengan Kristus yang menderita yang melalui darah dan kesengsaraan-Nya bagi membayar harga dosa kita? Di mana sukacita Tuhan pada hari Jumaat Agung ketika Dia meratap sengsara di kayu salib? Juga, jika Tuhan itu sukacita, bagaimana sikap kita pada masa-masa tertentu dalam hidup kita, bahawa meskipun kita hidup dengan jujur di dalam iman dan komitmen kita, kita tidak merasa gembira, bahagia, tertawa, dan bergelut untuk tersenyum?

Kegembiraan dan kesakitan tidak dapat seiringan. Begitu juga dengan kebahagiaan dan kesedihan. Sebaliknya, mereka sering dirasakan bersama. Kita dapat merasa kesakitan tetapi masih bahagia, sama seperti kita bebas daripada rasa sakit, mengalami kesenangan, tetapi tidak bahagia.

Kegembiraan dan kebahagiaan didasarkan pada sesuatu yang bertahan melalui rasa sakit, iaitu, makna; tetapi ini perlu difahami. Kita cenderung memiliki pengertian yang tidak membantu dan dangkal tentang apa yang merupakan kegembiraan dan kebahagiaan. Bagi kita, ia tidak seiring dengan kesakitan, penderitaan, dan kesedihan.

Saya tertanya-tanya bagaimana Yesus akan menjawab pada hari Jumaat Agung ketika Dia tergantung di kayu salib jika seseorang bertanya kepadanya, "Adakah Engkau bahagia di sana?"

Saya yakin, Dia akan mengatakan sesuatu yang luar biasa: "Sekiranya anda membayangkan kebahagiaan dengan cara yang anda bayangkan, maka tidak! Saya tidak gembira! Lebih-lebih lagi pada hari ini! Tetapi apa yang saya alami hari ini di tengah penderitaan adalah makna, makna yang sangat mendalam yang memiliki dan mengandungi kegembiraan dan kebahagiaan yang bertahan meskipun dalam penderitaan.

Di dalam keperitan itu, ada kegembiraan mendalam dan kebahagiaan dalam diri . Ketidakbahagiaan dan kegembiraan, ketika anda memikirkannya, datang dan pergi; bermakna kedua-duanya kekal bersama di dalam kehidupan kita.

Biarpun mengetahui hal ini, ia tetap tidak memudahkan kita untuk menerima kenyataan bahawa Tuhan adalah sukacita dan kegembiraan sebagai tanda pasti kehidupan Tuhan dalam jiwa. Walau bagaimanapun, dengan mengetahui perkara ini, ia adalah langkah pertama yang penting, yang dapat kita kembangkan.

Terdapat kesedihan yang mendalam kerana gagal menjadi orang kudus. Kenapa? Kerana kita jauh daripada kekudusan, juga kerana kita jauh dari Tuhan yang adalah sukacita dan sumber kegembiraan kita. — Hakcipta Terpelihara 1999-2021@Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments