Tuhan itu cemburu?

Makna ‘cemburu’ sering dihubungkan dengan rasa iri, atau curiga terhadap pihak lain. Nampaknya inilah yang terjadi dalam jemaat sebagaimana ditulis oleh Rasul Paulus di dalam suratnya di Korintus (lih. 2Kor 12:20) dan Roma (lih. Rm 13:13).

Jun 18, 2021

Soalan: Jika Tuhan adalah Kasih dan kasih itu tidak cemburu (1 Kor 13:4), mengapa dikatakan bahawa Tuhan itu cemburu (Kel 20:5; Ul 4:24)?

Jawaban: Istilah ‘cemburu’ yang kita  fahami sekarang memang cenderung mengarah kepada erti negatif. 

Makna ‘cemburu’ sering dihubungkan dengan rasa iri, atau curiga terhadap pihak lain. Nampaknya inilah yang terjadi dalam jemaat sebagaimana ditulis oleh Rasul Paulus di  dalam suratnya di Korintus (lih. 2Kor  12:20) dan Roma (lih. Rm 13:13). 

Rasul Paulus bimbang adanya “perselisihan dan iri hati…./ quarelling and jealousy dalam jemaat.

Namun dalam Kitab Suci, kata yang sama, dapat digunakan untuk  menggambarkan erti yang baik. Kata ‘cemburu’ dalam bahasa Ibrani adalah qi’nah, atau dalam bahasa Yunani zelos, mempunyai akar kata ‘hangat/ panas’. 

Maka bergantung pada konteksnya,  kata ‘cemburu’ ini dapat digunakan untuk menggambarkan baik suatu perasaan negatif, ataupun positif. 

Rasul Paulus menggunakan kata  yang sama ini, zeloo, ‘earnestly  desire’, yang diterjemahkan oleh  Lembaga Alkitab Indonesia (LAI)  dengan ‘berusahalah untuk memperoleh’, iaitu untuk memperoleh  karunia-karunia rohani (lih. 1Kor  12:31; 14:1,39). 

Atau yang lebih jelas, adalah dalam  suratnya yang kedua kepada jemaat  Korintus, Rasul Paulus berkata:  “Sebab aku cemburu kepada kamu  dengan cemburu ilahi. Kerana aku  telah mempertunangkan kamu kepada satu laki-laki untuk membawa  kamu sebagai perawan suci kepada  Kristus. Tetapi aku takut, kalau-kalau  fikiran kamu disesatkan dari kesetiaan kamu yang sejati kepada  Kristus, sama seperti Hawa diperdayakan oleh ular itu dengan kelicikannya. 

“Sebab kamu sabar saja, jika ada  seorang datang memberitakan Yesus  yang lain dari pada yang telah kami  beritakan, atau memberikan kepada  kamu roh yang lain daripada yang  telah kamu terima atau Injil yang lain  dari pada yang telah kamu terima.” (2  Kor 11:2-4) 

Dalam ayat-ayat tersebut, ‘cemburu’ mempunyai erti positif, iaitu: mengasihi sedemikian, sehingga menjaga agar jangan sampai yang  dikasihi tersesat dan tidak setia. Dalam erti yang positif inilah, Tuhan dikatakan sebagai Tuhan yang cemburu.

Tuhan tidak cemburu dalam erti iri  hati terhadap bangsa Israel, tetapi bahawa Dia begitu mengasihi bangsa Israel dengan kasih yang kuat bagaikan api yang panas, yang tidak menghendaki umat-Nya mendua hati. 

Demikianlah kita membaca dalam  Kitab Ulangan, “Sebab TUHAN, ,  adalah api yang menghanguskan, Tuhan yang cemburu” (Ul 4:24); sebagai kesimpulan dari nasihat Nabi  Musa agar bangsa Israel tidak melupakan perjanjian dengan Tuhan, dengan menjadi tidak setia (lih. Ul 4:21- 23). 

Di sini Kitab Suci menggambarkan perkahwinan rohani antara Tuhan dengan umat-Nya bagaikan kasih antara suami dan isteri. 

Tuhan mengkehendaki agar bangsa  pilihan-Nya hanya menyembah-Nya sebagai Tuhan yang satu-satunya. Sayangnya, bangsa Israel berkalikali tidak setia kepada Tuhan, mereka  berpaling kepada para dewa/ berhala, sehingga dalam Kitab Suci sering dikatakan bahawa bangsa Israel dan Yehuda ‘bersundal’ (lih. Yer 3:6-10). 

Sebaliknya, Tuhan adalah Tuhan  yang tetap setia. Tuhan tetap menunjukkan bahwa kasih-Nya kepada  umat-Nya itu adalah kasih yang begitu total dan kuat/intense, yang mengkehendaki balasan yang serupa.

Dia menjaga umat-Nya dengan  kasih yang ‘cemburu’ dalam erti  positif, yang tak ingin bertoleransi  dengan kehadiran tuhan-tuhan lain di  tengah umat-Nya (lih. Kel 20:3-6,  Yos 24:24-16,19-20, dst). 

Erti ‘cemburu’ ilahi yang  sedemikian berbeza dengan ‘cemburu’ yang disebutkan oleh Rasul  Paulus dalam 1 Kor 13:4. Namun  kerana akar katanya sama, erti positif  dan negatif dari kata tersebut, disampaikan dalam kata yang sama. —  Katolisitas

Total Comments:0

Name
Email
Comments