Tuhan memanggil anda di dunia maya

Sekumpulan belia menamakan kumpulan mereka, "Alive In Christ" (Hidup di dalam Kristus) yang lahir daripada spiritualiti Komuniti Katolik Shalom (Shalom Catholic Community).

Jun 12, 2021

Sekumpulan belia menamakan kumpulan mereka, "Alive In Christ" (Hidup di dalam Kristus) yang lahir daripada spiritualiti Komuniti Katolik Shalom (Shalom Catholic Community).

Ahli-ahli kumpulan ini terdiri daripada kaum muda antarabangsa, dari lima benua termasuk di negara-negara di mana Kristian merupakan penganut minoriti.

Meskipun mereka cuma bertemu secara maya, namun hasil dari pertemuan itu sama seperti pertemuan fizikal. Ramai yang mengalami perubahan rohani dan sikap selepas mengikuti pertemuan atas talian.

Pertemuan dan kumpulan maya ini diwujudkan atas tujuan mengalami Peribadi (Kristus) yang telah bangkit selepas wafat di kayu Salib.

Sebilangan besar anggota kumpulan ini adalah hasil penginjilan melalui media sosial. Orang-orang muda dalam kumpulan ini mendapat peluang untuk lebih dekat dengan Gereja, mencari panggilan hidup mereka dan menjalani serta menghidupi pengalaman persaudaraan antarabangsa.

Kumpulan "Hidup dalam Kristus" - Apa yang kami lakukan?
Seminggu sekali, setiap kumpulan (dalam bahasa Inggeris, Itali dan Sepanyol) bertemu di dalam kumpulan bahasa mereka untuk berdoa dan mengambil bahagian dalam formasi, mengajukan soalan, dan berkongsi pengalaman. Mereka bertemu dalam masa dua jam melalui aplikasi Zoom.

Di samping itu, setiap orang muda digalakkan untuk: melakukan renungan kitab suci harian mereka secara peribadi (melalui kaedah Lectio Divina). Pada setiap bulan, jika mereka mahu, mereka boleh mendapatkan bimbingan peribadi dari anggota Komuniti Katolik Shalom yang terpilih untuk berjalan bersama mereka di dalam iman.

Semua anggota dipanggil untuk menjadi protagonis penginjilan melalui pelayanan yang dipercayakan kepada mereka.

"Komputer riba dan telefon pintar kami telah menjadi alat yang membimbing kami untuk berhubung dengan Tuhan dan satu sama lain dengan cara yang baru."

Kumpulan ini percaya bahawa Tuhan meminta mereka untuk menyelam lebih dalam lagi dan hidup dengan cara yang lebih menonjol di dunia besar ini: Dunia digital.

Idea untuk mempromosikan laman web baru ini adalah dengan membuka pintu Gereja lebih lebar lagi, menunjukkan wajah Gereja yang lebih muda melalui saluran komunikasi di mana terdapat artikel, berita, kesaksian iman dari seluruh dunia, video dan wawancara. Ahli teologi muda akan menulis renungan Injil dan satu bentuk interaksi akan diatur melalui blog. Ideanya adalah bahawa media ini bukan hanya sebagai alat penyaluran maklumat, tetapi juga untuk pengalaman iman.

Kami juga akan membincangkan kepentingan Lectio Divina, bimbingan peribadi dan bagaimana caranya untuk melakukan misi. Oleh itu, orang-orang muda akan dijemput untuk berhijrah dari pertemuan maya ke perjumpaan peribadi, pergi melakukan misi, program kesukarelawanan, mengambil bahagian dalam acara antarabangsa, seperti perkhemahan, Hari Belia Sedunia, pelbagai festival yang dianjurkan oleh komuniti, pergerakan, dan banyak lagi.

Kumpulan ini terbuka untuk mereka yang ingin mengambil bahagian dan sesiapa sahaja yang berminat dapat menjemput rakan mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif ini, sila hubungi [email protected]

Instagram: alivesinchrist.sh

Total Comments:0

Name
Email
Comments