Tuhan memanggil kita untuk memahami agama lain

Salah satu kisah Injil yang amat mengesankan dalam Injil ialah tentang kisah Yesus bertemu dengan seorang wanita Syro- Phoenicia.

Aug 10, 2018

Salah satu kisah Injil yang amat mengesankan dalam Injil ialah tentang kisah Yesus bertemu dengan seorang wanita Syro- Phoenicia.

Titik utama kisah itu ialah tempat pertemuan mereka. Ia berlaku di sempadan Samaria. Bagi Yesus, Samaria adalah wilayah asing, baik dari segi etnik dan agama. Dalam pertemuannya dengan wanita ini, dia berdiri di pinggir, sempadan, bagaimana Dia memberi penerangan tentang agama dengan jelas.

Saya percaya bahawa di sinilah, di sempadan ini, tempat kita berdiri sebagai umat Kristian, iaitu di atas sempadan baru yang saling berhubung kait dengan agama lain, khususnya dengan saudara dan saudari Islam kita.

Perkara utama yang paling penting untuk gereja-gereja kita bagi lima puluh tahun akan datang adalah isu berkaitan dengan agama-agama lain, Islam, Hindu, Buddha dan Taois. Selain itu, terdapat agamaagama- agama orang Asli Afrika dan Amerika, pelbagai jenis, lama dan baharu Paganisme dan New Age.

Ringkasnya, jika semua keganasan yang berpunca daripada ekstremisme agama masih tidak kita sedari, maka kita sedang dalam bahaya. Kita tidak ada pilihan. Dunia telah menjadi sebuah perkampungan, satu komuniti, satu keluarga, dan jika kita tidak mula memahami dan menerima satu sama lain dengan lebih mendalam, kita tidak akan menjadi dunia yang damai. Lebih-lebih lagi bagi kita, sebagai orang Kristian, ancaman kebencian dan keganasan yang datang dari agama-agama lain bukanlah sebab utama kita dipanggil untuk memahami orang-orang yang tidak seiman dengan kita dengan lebih mesra.

Alasan sebenar ialah Tuhan yang kita muliakan, memanggil kita untuk memahami agama lain. Tuhan kita memanggil kita untuk mengenali dan mengalu-alukan semua orang beriman yang ikhlas, untuk diterima sebagai saudara dan saudari kita dalam iman. Yesus menyuarakan hal ini dengan tegas di mana sahaja Dia pergi dan ada kalanya, ia tidak sedap didengar, “Siapa saudara lelaki dan saudara perempuan-Ku”

Mereka yang mendengar firman Tuhan dan mentaatinya adalah saudara lelaki dan saudari perempuan- Ku ... Tidak semestinya mereka yang mengatakan Tuhan, Tuhan, yang masuk Kerajaan Syurga tetapi mereka yang melakukan kehendak Tuhan di bumi. Siapa yang boleh menafikan bahawa ramai orang bukan Kristian melakukan kehendak Tuhan di bumi?

Bagaimana pula dengan ekstremisme, keganasan, dan penghinaan agama yang sering kita lihat dilakukan oleh penganut agama lain? Bolehkah kita benar-benar menganggap agama-agama ini sebagai benar, memandangkan perkaraperkara buruk yang dilakukan atas nama agama mereka?

Dalam menilai sesebuah agama, kita boleh meneladani atau menuruti nasihat Huston Smith iaitu menilai sesebuah agama melalui ekspresi iman para penganutnya dan melalui sejarah santa-santo mereka, bukan menilai melalui perbuatan buruk para penganutnya. Begitu juga untuk penganut Kristian. Kita berharap orang lain tidak akan menilai kita melalui detik-detik paling gelap atau melihat keburukan penganut Kristian yang dapat dilihat dalam sejarah. Kita berharap kita dihakimi melalui segala kebaikan yang telah dilakukan oleh orang Kristian dalam sejarah, serta melalui nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh para santo. Oleh yang demikian, kita harus memahami agama orang lain sama seperti kita dipanggil untuk memahami mereka, dengan melihat ungkapan iman mereka yang terdalam dan melalui ajaran agama mereka yang terbaik, benar dan indah, di mana mereka juga telah menghasilkan orangorang kudus yang hebat.

Tetapi bagaimana pula dengan keunikan Kristus? Bagaimana dengan dakwaan Kristus bahawa Dialah jalan (satu-satunya), kebenaran dan hidup dan tidak ada orang akan dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Dia?

Teologi Kristian tidak pernah melonggarkan pegangan mereka terhadap kebenaran ini dan secara eksklusif, berpegang kepada kebenaran ini, kecuali beberapa ahli teologi yang berpandangan bertentangan maka tidak diterima oleh gereja. Jadi bagaimana kita dapat melihat kebenaran agama-agama lain dalam terang Kristus bahawa Dia adalah satu-satunya jalan kepada Bapa?

Teologi Kristian (pastinya ini untuk teologi Roman Katolik) selalu diterima dan secara proaktif mengajar bahawa Misteri Kristus jauh lebih besar daripada apa yang dapat diperhatikan dalam sejarah nyata agama Kristian dan lebih luas daripada apa yang dapat kita lihat dalam lipatan sejarah agama Kristian dan sejarah gereja-gereja Kristian. Kristus adalah lebih besar daripada gereja kita malah Dia beroperasi melangkaui gereja kita. Yesus memberitahu gereja kita sama seperti yang pernah diberitahu kepada ibu- Nya, “Saya harus berada di rumah Bapa-Ku.”

Dahulu, kita mengungkapkan iman kita dengan percaya sesungguhnya bahawa Tubuh Kristus, adalah dipenuhi dengan orang-orang beriman. Ia mempunyai elemen yang boleh dilihat dan tidak dapat dilihat. Namun, pada masa yang sama, kita mengakui bahawa terdapat ramai orang yang baik hati, tanpa menyalahkan sesiapa, mereka tidak dibaptis secara eksplisit dan tidak melafazkan iman yang jelas dalam Kristus, tetapi kerana kebaikan hati dan tindakan mereka, boleh dianggap serupa dengan iman yang kita imani.

Ini mungkin mengejutkan sesetengah orang, tetapi, ajaran dogmatik Gereja Roman Katolik menyatakan bahawa orang yang ikhlas, biarpun beragama lain, tetap boleh diselamatkan tanpa menjadi orang Kristian, dan untuk menafikan ajaran ini atau mengajar yang sebaliknya adalah sesat. Ajaran ini adalah berdasarkan pemahaman bahawa Tuhan yang kita sembah sebagai orang Kristian.

Tuhan yang menjelma dalam Yesus akan menyelamatkan semua orang, Dia juga menyelamatkan mereka berbilion penganut agama lain tetapi ikhlas dalam kepercayaannya selama ribuan tahun ini. Kita menghina iman kita apabila kita menyangkal atau mengajar yang sebaliknya. Semua kita adalah anakanak Tuhan.

Pada akhirnya hanya satu Tuhan dan Tuhan adalah Bapa kita semua - dan ini bermakna semua kita, tanpa mengira agama. -- Hakcipta Terpelihara 1999-2018 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments