Ucapan makian dan cercaan, adakah berdosa?

Melemparkan kata-kata kesat atau mengatakan sesuatu secara makian, mengumpat, menghina dan sebagaikan telah disebut berkalikali dalam Alkitab serta Katekismus Gereja Katolik (KGK), sebagai dosa.

Apr 19, 2024


Melemparkan kata-kata kesat atau mengatakan sesuatu secara makian, mengumpat, menghina dan sebagaikan telah disebut berkalikali dalam Alkitab serta Katekismus Gereja Katolik (KGK), sebagai dosa.

Dalam budaya popular hari ini, kata-kata kesat atau menggunakan bahasa kesat adalah perkara biasa. Biasanya ia tidak kelihatan seperti dosa, kerana ia tidak selalu menyakiti seseorang.

Namun penggunaan kata-kata kesat adalah dilarang dalam Katekismus Gereja Katolik. khususnya larangan menggunakan nama Tuhan bukan sahaja menggunakan nama Yesus Kristus secara tidak wajar, tetapi juga Perawan Maria dan semua orang kudus.

Katekismus Gereja Katolik 2146 mencatat: Dengan demikian, kita tidak dapat memanggil nama seseorang, termasuk nama orang-orang kudus, apalagi nama Tuhan dengan tidak hormat. Dengan demikian, perintah ini melarang penyalahgunaan nama Tuhan, baik Tuhan Bapa, Tuhan Putera, Tuhan Roh Kudus, beserta dengan Perawan Maria dan semua orang kudus.

KGK 2158: Tuhan memanggil setiap orang dengan namanya (Yes 43:1; Yoh 10:3). Nama setiap orang itu kudus. Nama itu serupa ikon peribadi. Sebagai tanda martabat orang yang memakainya, nama harus dihargai.

Memanggil seseorang dengan nama yang tidak senonoh adalah satu lagi contoh yang jelas tentang bagaimana seseorang boleh melanggar perintah kedua.

Sesungguhnya Gereja tidak menyenaraikan setiap perkataan kasar yang dilarang tetapi Alkitab berulang kali memberi nasihat agar kita menggelakkan penggunaan “kata-kata tidak senonoh”.

Kolose 3:8 menyatakan, “Tetapi sekarang, buanglah semuanya ini, iaitu marah, geram, kejahatan, fitnah dan kata-kata kotor yang keluar dari mulutmu.”

“Dengar dan camkanlah: bukan yang masuk ke dalam mulut yang menajiskan orang, melainkan yang keluar dari mulut, itulah yang menajiskan orang.” (Matius 15:11).

Terdapat beberapa cara untuk menghentikan tabiat berkata “kotor dan kesat”. Pertama: berlatih tidak berkata apa-apa. Ini adalah kemahiran yang agak mudah untuk dikembangkan: semasa perbualan setiap hari, berhenti seketika sebelum bercakap (sama ada anda ingin berkata kesat atau tidak).

Apabila anda merasakan keinginan untuk melemparkan kata-kata kesat, berhenti dan hitung hingga lima sebelum anda membuka mulut anda. Ini akan membantu mengawal lidah anda! (Menggelakkan lidah mengeluarkan perkataan yang jelik).

Satu lagi cara yang berkesan: setiap kali anda melepaskan kata-kata makian, balaslah dengan doa. Misalnya, jika anda memandu dan seseorang memotong kereta anda tanpa memberi isyarat dan anda terlepas ucapan makian serta sumpah seranah, bacalah tiga kali Bapa Kami sebaik sahaja anda bertenang.

Ini akan menguatkan tekad anda untuk berkata jahat serta menyucikan lidah anda kepada Yesus.

Anda akan terkejut betapa cepatnya tabiat bersumpah akan hilang daripada diri anda. Kristus memberi amaran kepada kita bahawa kita perlu mempertanggungjawabkan setiap perkataan cuai yang kita ucapkan.

Oleh itu, marilah kita menjaga lidah kita dan cuba mengatasi kekasaran yang mengelilingi kita. — Aleteia

Total Comments:0

Name
Email
Comments