Ulang tahun Kuiz Bible Knowledge Kebangsaan ke-25, Sekolah Swasta St Joseph muncul juara

Kuiz Final Bible Knowledge Kebangsaan ke-25 diadakan melalui Zoom pada 14 Ogos 2021. Sepuluh pasukan berjaya ke final. Ia adalah kuiz lisan dengan dua peserta dalam setiap pasukan.

Aug 28, 2021

KUCHING: Kuiz Final Bible Knowledge Kebangsaan ke-25 diadakan melalui Zoom pada 14 Ogos 2021. Sepuluh pasukan berjaya ke final. Ia adalah kuiz lisan dengan dua peserta dalam setiap pasukan.

Terdapat tiga pasukan dari Sekolah Swasta St Joseph yang mewakili Wilayah Kuching. Yang lain adalah SMK Methodist Sibu mewakili Miri / Sibu / Bintulu; SM St Patrick Tawau dan SM Lok Yuk Kota Kinabalu mewakili Sabah / WP Labuan; SMJK Chung Ling dan Sekolah Menengah Perempuan Cina Pulau Pinang untuk Wilayah Utara; St Francis Institution Melaka yang mewakili Wilayah Selatan; dan Wesley Methodist School Kuala Lumpur (Antarabangsa) untuk Wilayah Tengah.

Terdapat 169 pasukan dari seluruh Malaysia di separuh akhir yang diadakan dalam talian pada 31 Julai 2021, menggunakan format MCQ (soalan pilihan ganda). Moey Yoke Lai, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Methodist College Kuala Lumpur (MCKL) selaku penasihat kuiz, mengalu-alukan para finalis dan tetamu. Beliau juga berdoa agar kuiz berjalan lancar.

Seterusnya, Dato’ Dr Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan II memberi ucapan.

Beliau menekankan betapa pentingnya peranan NGO seperti Federation of Christian Mission Schools Malaysia (FCMSM), dalam sumbangan mereka terhadap pendidikan berkualiti di Malaysia. FCMSM adalah penganjur kuiz tahunan ini. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-25 kuiz Bible Knowledge Kebangsaan SPM.

Eunice Wong and Natalie Song dari Sekolah Swasta St Joseph, diumumkan sebagai juara pasukan bagi kuiz tahun ini manakala, pasukan yang dianggotai oleh Lau Zhi You dan Ehlena Lau menduduki tempat kedua. Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan dari SM St Patrick, Tawau, Ivan Yap dan Emery Edgar Kabi.

Total Comments:0

Name
Email
Comments