Umat menyumbang hampir RM250k untuk bencana alam Kerala

Umat menyumbang hampir RM250k untuk bencana alam Kerala

Nov 30, 2018

KUALA LUMPUR: Keuskupan Agung Kuala Lumpur menyumbang RM248, 637.80 untuk Tabung Bantuan Banjir Kerala semasa pungutan kedua semasa Misa pada 8 dan 9 September, 2018. Wang itu telah disalurkan kepada Konferensi para Uskup Katolik India melalui Karitas India.

Sebelum itu, pada 18 Ogos, Uskup Agng Julian Leow telah memberi kuasa untuk menyumbangkan RM50,000.00 dari Dana Bencana Alam kepada Keuskupan Agung Kuala Lumpur bagi kerja-kerja membantu mengurangkan penderitaan mangsa banjir di Kerala.

Keuskupan Melaka Johor menyumbang RM75, 00 dari Tabung Bencana Alam pada 20 Ogos.

Dana itu kemudian dihantar kepada Konferensi Para Uskup Katolik India (CBCI) untuk disalurkan kepada yang memerlukan.

Keuskupan Pulau Pinang pula menyumbang RM50,000 melalui Pejabat Pembangunan Manusia Pulau Pinang (POHD) untuk membantu kerja-kerja pemulihan selepas banjir di Kerala, India.

Total Comments:0

Name
Email
Comments