Uskup Agung berkati columbarium St Aloysius, Limbanak

Disebabkan Tanah Perkuburan Katolik St.Aloysius Limbanak telah penuh maka Jawatankuasa Pengurusan Perkuburan, telah bersetuju untuk membina sebuah Columbarium.

Oct 20, 2017

LIMBANAK, Penampang: Disebabkan Tanah Perkuburan Katolik St.Aloysius Limbanak telah penuh maka Jawatankuasa Pengurusan Perkuburan, telah bersetuju untuk membina sebuah Columbarium.

Mana-mana kubur yang telah menjangkau usia lebih daripada 20 tahun, yang terbiar begitu saja, akan digali, dan dipindahkan ke Columbarium.

Dan bekas kubur tersebut akan dibina “Tomb” di dalam tanah, supaya dapat menyediakan ruang atau tempat pengebumian yang baru.

Pada 4 Oktober lalu, Uskup Agung John Wong telah memberkati Columbarium Perkuburan Katolik St Aloysius. Mungkin perkuburan Katolik St. Aloysius merupakan satu-satunya yang menyediakan Columbarium atau tempat menyimpan tulang dan abu di Keuskupan Agung Kota Kinabalu. Columbarium di St Aloysius mempunyai 136 untuk menyimpan Abu dan 128 unit diperuntukkan kepada umat di seluruh Paroki Penampang sahaja. Pengerusi Perkuburan Katolik St. Aloysius, Sdra Winston Sibinil berharap agar ahli keluarga si mati khususnya kepada kubur tidak bertanda, dapat memberikan kerjasama.--Simon Justin & Winston Sabinil

Total Comments:0

Name
Email
Comments