Uskup Cornelius berkati Gereja St Yohanes, KUK Malaing

Baru-baru ini, di sebuah perkampungan di Keuskupan Keningau, sebuah bangunan baru Gereja telah dirasmi dan diberkati oleh Ketua Keuskupan Keningau, Uskup Cornelius Piong.

Aug 05, 2017

MALAING, KENINGAU : Baru-baru ini, di sebuah perkampungan di Keuskupan Keningau, sebuah bangunan baru Gereja telah dirasmi dan diberkati oleh Ketua Keuskupan Keningau, Uskup Cornelius Piong.

“Kita bersyukur kepada Tuhan kerana kesempatan rahmat ini, di mana kita dapat sama-sama merayakan dan menyaksikan pemberkatan bangunan gereja yang baru ini,” demikian mukadimah homili yang disampaikan oleh Uskup Cornelius Piong dalam Perayaan Ekaristi sempena Upacara Pemberkatan Gereja baru St. Yohanes KUK Malaing pada 8 Julai 2017. Turut membantu Uskup Cornelius di altar ialah Fr Rudolf Joannes.

Prelatus itu mengingatkan tiga perkara dalam meneguhkan iman, iaitu pertama: sikap datang kepada Tuhan dengan mengambil masa untuk berdoa. Kedua, membaca, mendengar dan merenung firman- Nya. Dan yang ketiga melakukan kehendak-Nya.

Lebih kurang 250 orang umat KUK Malaing termasuk Datuk Ellron Alfred Angin dan isteri, Pengerusi Majlis Pastoral Katedral St Francis Xavier (KSFX), Puan Stella Kinsik dan beberapa umat dari sekitar Paroki KSFX turut menyaksikan upacara ini.

Keraian ini dimulakan dengan acara memotong riben sebagai tanda perasmian dan seterusnya pemberkatan bangunan Gereja St.Yohanes Malaing. Ini diteruskan dengan Misa pada pukul 11.00 pagi.

Upacara diakhiri sesi menandatangani plat oleh Uskup Cornelius dan Datuk Ellron sebagai gimik perasmian bangunan baru gereja. Bapa Uskup berpesan kepada umat KUK Malaing agar selalu dalam semangat kesatuan bagi mewujudkan kerajaan Tuhan di Keuskupan Keningau dan menjadi komuniti umat Tuhan yang komited dan efektif melayani kerajaan-Nya.

Pengerusi MPP KSFX, Puan Stella dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Team Turun Ladang (TTL) kerana membantu dalam persiapan perasmian Gereja St.Yohanes Malaing.

Pengerusi KUK Malaing, Janarius Anggat juga merakamkan penghargaan kepada Datuk Ellron di atas kehadiran dan bantuan beliau. Janarius juga tidak lupa berterima kasih kepada semua umat yang hadir serta pihak-pihak yang terlibat, di atas sokongan dan doa mereka kerana tidak mudah membina sebuah Gereja jika tanpa kerjasama, sikap murah hati dan kesatuan

Total Comments:0

Name
Email
Comments