Uskup Cornelius pimpin Misa di Rumah Doa Pedalaman Bawah

Pada tahun lalu, Rumah Retret Keuskupan Keningau Purun (RRKKP) telah dijenamakan semula dengan pengisytiharan Santa Theresia dari Kanak-kanak Yesus se

Nov 14, 2019

KUALA PENYU: Pada tahun lalu, Rumah Retret Keuskupan Keningau Purun (RRKKP) telah dijenamakan semula dengan pengisytiharan Santa Theresia dari Kanak-kanak Yesus sebagai penaung dan sebuah gereja di kawasan rumah retret itu telah dibina bagi kegunaan umat yang datang berziarah.

Masa berlalu dengan pantas. Tanda disedari, RRKKP di Pedalaman Bawah yang melibatkan empat buah paroki iaitu St. Peter Bundu Kuala Penyu, St. Patrick Membakut, St. Valentine Beaufort dan St. Yohannes Pembaptis Sipitang – yang dibina  pada tahun 1995 – kini telah berusia 24 tahun.

Ungkapan kesyukuran tersebut disambut dengan merayakan Misa Kudus bersama Uskupf Cornelius Piong. Turut membantu Bapa Uskup di altar ialah Fr. Benedict Daulis dari Paroki St. Patrick Membakut selaku Penyelia Rumah Retret Purun, Fr. Clement Abel dari Paroki St. Peter Bundu dan Fr. Boniface Kimsin yang kini melayani di Paroki Roh Kudus Sook.

Di dalam homilinya, Bapa Uskup perta ma-tama mengingatkan umat bahawa, walaupun Tahun Misi sudah ditutup pada 20 Oktober yang lalu, tetapi "misi kita sebagai umat Katolik Keuskupan Keningau tidak pernah ada penghujungnya selaras tema Tahun Misi “dibaptis dan diutus” kerana ianya relevan dalam semua keadaan tanpa mengira latar belakang, ekonomi dan sosial."

Selesai Misa Kudus, diteruskan dengan  ucapan daripada Fr. Benedict. Paderi itu  mengharapkan semua umat dapat menggunakan rumah retret tersebut dengan bijaksana  dan melalui aksi sumbangan kasih umat membantu dalam kos penyelenggaraan bangunan serta keperluan lainnya.

Bapa Uskup yang berucap singkat, merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan   RRKKP dan mengharapkan sokongan yang lebih padu lagi bagi sambutan Jubli Peraknya pada tahun hadapan.

Beliau juga tidak lupa menyeru Komiti Pembangunan RRKKP supaya sentiasa produktif dalam mencari jalan bagi mencari dana untuk masa hadapan rumah retret tersebut dan membentuk iman umat masa kini yang semakin kuat diganggu oleh pelbagai cabaran terutama yang melibatkan para belia. Bapa Uskup juga sempat  menyapa rombongan Katekis Paroki Sook yang berziarah ke Rumah Retret tersebut.

Difahamkan bahawa Keuskupan Keningau membuka sebuah lagi rumah retret di Pedalaman Atas iaitu di Sinua berdekatan dengan lereng gunung Trusmadi.

Dengan adanya rumah retret di tempat tersebut maka Keuskupan Keningau memiliki tiga buah rumah retret iaitu Purun, Kuala Penyu yang menghadap laut, Rumah Retret Tatal, Keningau atas daratan dan di Sinua, Sook di kawasan pergunungan. --Marcus Angang

Total Comments:0

Name
Email
Comments